Tips Dan Motivasi Untuk Ibu
SEORANG IBU, SERIBU ANUGERAH
Menjadi ibu adalah merupakan satu pemberian istimewa yang dianugerahkan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Satu anugerah buat anak anda kerana mempunyai ibu.
Satu anugerah kepada diri anda kerana dapat merasai manisnya pengalaman menjadi ibu. Apabila anda menjadi ibu, bermakna hidup anda akan dipenuhi dengan cabaran, tanda tanya, persoalan dan bermacam-macam lagi.
Bukan anak anda sahaja yang mempelajari perkara baru setiap hari, tetapi anda juga terpaksa mempelajari banyak perkara baru setiap hari.
Anak anda belajar merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan bermacam-macam lagi…
Anda pula akan belajar bagaimana menyelesaikan masalah anak anda, belajar bagaimana mendidik anak anda, belajar bagaimana untuk mengajar anak anda berdiri, berjalan dan sebagainya.
Semua ini hanya dilalui oleh seorang ibu. Ibu akan menempuhi peperangan dengan tangisan, rengekan, amukan anak sebelum mereka meningkat dewasa. Walaupun ia kelihatan mudah, namun hakikatnya ia tidaklah semudah yang disangka.
Rasa rimas, serabut, tidak tenang, stress dan bermacammacam lagi yang melanda bila berhadapan dengan situasi seperti itu.
Itu bila bercerita tentang cabaran menjadi ibu.
Tetapi bagaimana pula dengan perasaan bahagia yang hanya dirasai seorang ibu bila melihat anaknya berjaya dan cemerlang dengan acuan yang dibentuknya. Perasaan harmoni, tenang, seronok, bahagia seperti ini juga hanya dapat difahami hati ibu. Demikianlah, banyak yang perlu kita belajar apabila menjadi ibu.
Di sini saya ingin titipkan beberapa tips untuk ibuyang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik kepada anak mereka. Yang ingin melembutkan hati anak-anak seterusnya dapat menerima ilmu dan menghafal al-quran dengan mudah:
1- Banyakkan memohon pertolongan dan bantuan dengan memohon doa dari ALLAH dalam menangani masalah anak-anak.
2- Carilah ketenangan dalam mengawal stress dengan solat tahajjid di malam hari. Waktu malam ketika semua orang tidur sangat mendamaikan dan member ketenteraman kepada jika ibu yang sibuk melayan kerenah anak-anak. Pada peluang keemasan ini juga, gunakanlah untuk memohon doa dari yang Esa agar menguatkah diri anda dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Anda pasti akan merasai satu kekuatan dan bantuan yang ajaib bila mengadu dan memohon pertolongan dari ALLAH Ta’ala
3- Apabila anda masak, melakukan kerja-kerja rumah,berzikirlah dan berselawatlah sambil anda melakukannya. Pasti akan membawa keberkatan pada kerja anda dan seisi keluarga anda.
4- Jika anda memasak, banyakkanlah berdoa, berzikir dan berselawat agar makanan yang masuk dalam tubuh anak anda akan menjadi penawar dan penguat baginya untuk melakukan Ibadah.
5- Perbanyakkan doa kepada anak anda dan beritahulah anak anda bahawa nada selalu mendoakannya. Ini juga antara alngkah untuk menzahirkan kasih sayang anda kepada anak anda.
Sebagai contoh, katakanlah kepada anak anda:
“Ibu doakan abang berjaya dalam peperiksaan hari ini.”
“Ibu doakan abang dapat buat dengan baik.”
Begitu juga apabila anak anda salam dan memeluk anda, doakanlah mereka ketika itu.
6- Dan saya percaya semua ibu sangat tersentuh bila melihat anak2nya (terutamanya anak kecil) sedang tidur...w/pun anak itu nakal mcmana sekalipun, ketika dia tidur tntu nampak sgt baik n comel, ketika itu elok juga ibu bapa mendoakan anak mereka sambi mengusap kepala mereka. Semoga doa ibu dalam keadaan tulus ikhlas itu akan mustajab.
Saya doakan semoga anan puan-puan akan menjadi seperti yang diimpikan. Amiinn..
Sumber: Ustazah Aishah Hashimee
Comments
Post a Comment