Tahukah Anda Dengan Kemampuan Kanak-Kanak Yang Berumur 4 tahun?
Sukacitanya
saya berkongsi emel yang dihantar kepada saya daripada Puan Lina Karim
(ibu kepada Darwish n Darwisya). Semoga menjadi panduan untuk ibu2
diluar sana yang ingin dan sangat teruja untuk mendidik anak2 mengenal
huruf2 Al-Quran dan seterusnya menghafal surah2 di dalamnya.
---
Assalamualaikum Farahliza,
Alhamdulillah, kini saya dapat berkongsi apa yang saya ragu-ragu selama ini. Apa yang saya ragu-ragu tu ye? Haa.. saja nak bagi suspen.. Saya sebenarnya ragu dengan kemampuan kanak-kanak umur 4 tahun (maksudnya saya ragu-ragu dengan anak saya sendiri lah tu!) . Dahulu bila saya lihat Darwisya boleh menghafal surah panjang seperti Surah Sajadah dan Surah al Mulk dalam masa kurang seminggu saya berkata dalam hati..
"Ya Allah, Alhamdulillah.. Engkau telah memberi kelebihan pada anak ini. Jika kelebihan ini adalah kelebihan yang unik, ia cuma satu dalamsejuta, jika ia kelebihan yang umum maka Kau tunjukkanlah pada anakku yang kedua."
Maka, ditunjukkan kedua-dua anak saya pun begitu! Pada umur awal 4 tahun (Darwisya pada umur 3 tahun lebih) , mereka boleh menghafal 3 muka surat dalam masa tidak sampai 5 hari. Dan masa mereka belajar al Quran bersama saya, total untuk seorang, tidak sampai 1 jam sehari.
Ceritanya bermula pada hari Sabtu lepas anak saya Darwish yang berumur 4 tahun, membacakan hafazan surah al Mulk dari awal hingga habis untuk rancangan Pesan Atuk TV9. Minggu depan ada penggambaran untuk surah hafazan lagi. Saya pening kepala memikirkan surah apa yang nak dibawa untuk persembahan minggu depan. Bila melihat kakaknya membaca surah Sajadah, timbul idea untuk menyuruh Darwish membawa surah itu nanti.
Tapi agak ragu-ragu samada dia boleh atau tidak. Saya cuba-cuba untuk mengajarnya dan ingin melihat jika dia tidak mampu membawanya saya akan tukar ke surah Juz Amma yang telah dihafal. Alhamdulillah rupanya boleh. Walaupun ini pengalaman kedua melihat anak saya menghafal agak cepat, saya masih lagi rasa terkejut.
Bila masa dia menghafalnya? (Maka, kemudian timbullah filem ala-ala flashback bermain di kepala) Alhamdulillah, hanya dengan izinNya kita tidak perlulah saya bertanya lagi. Kesimpulannya, jika mahu melihat keajaiban otak kanak-kanak, ajarlah mereka menghafal Al Quran! Dan jangan takut.. tidak semestinya mereka belajar Al Quran mereka akan tertinggal pelajaran lain jika kita mengajarnya sama.
Contohnya Darwish, mampu menyelesaikan workbook Matematik dan Bahasa Inggeris untuk umur 5-7 tahun pada umurnya 4 tahun!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Alhamdulillah, kini saya dengan yakin boleh menyatakan bahawa kanak-kanak 4 tahun, sangat mudah menghafal Al Quran. Mereka menghafal surah-surah pilihan yang panjang dan berat dengan cepat berbanding orang dewasa. Maka, jangan sia-siakan masa umur anak Farahliza. Ajarilah mereka dengan Al-Quran.
Ikhlas dari,
Lina Karim
Sumber: Email

Comments
Post a Comment