Kuasai Masa Depan Anda
10 Ikrar Untuk Menguasai Masa Depan Anda
Membina kehidupan yang sempurna bukanlah mudah. Dunia yang penuh dengan pancaroba ini sentiasa sahaja memberikan tekanan dan halangan dalam usaha mencapai kejayaan yang anda impikan. Sudah pasti anda memerlukan motivasi dalaman untuk membina kekuatan dan jati diri dalam menempuh pelbagai dugaan tersebut. 10 ikrar yang akan disenaraikan di bawah mampu memberi inspirasi dalaman untuk mengawal sebarang situasi dan tindakan dalam merealisasikan impian anda.
Ia sebenarnya kelihatan begitu mudah untuk mempunyai inspirasi dalaman yang positif tatkala semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Sebaliknya yang lebih penting adalah kekuatan yang diperlukan tatkala kita ditolak, dipukul badai kehidupan dan ketika mana kita sudah hilang kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Ketika itu, apa yang akan kita katakan pada diri kita untuk mengumpul sisa kekuatan yang berbaki?
Berikut adalah 10 ikrar yang akan membuatkan anda terus maju dan berfikiran positif tatkala kehidupan cuba untuk memijak anda ke bawah:
Ikrar 1: Tidak kira walau seburuk mana hasilnya dan sepayah mana untuk mencapainya, saya tidak akan sekali-kali berundur! Allah pasti bersama saya!
Ikrar 2: Saya mempunyai impian, dan saya akan tetap dengan impian ini selama-lamanya!
Ikrar 3: Saya mampu lakukannya, saya disayangi oleh semua orang!
Ikrar 4: Allah mengurniakan saya kehidupan ini kerana Allah itu Maha Mengetahui bahawa saya cukup kuat untuk menghadapi dugaanNya!
Ikrar 5: Ia adalah hak saya untuk menjadi bahagia, berjaya dan sihat!
Ikrar 6: Setiap hari dalam setiap perkara saya akan menjadi lebih baik!
Ikrar 7: Tidak ada orang lain melainkan saya yang menjalani kehidupan saya!
Ikrar 8: Tidak kira apa, saya mempunyai keupayaan untuk mencapai apa yang saya mahu!
Ikrar 9: Saya kasihkan semua makhluk dan manusia di sekeliling dan mereka juga mengasihi saya kembali!
Ikrar 10: Saya percaya segala kebaikan pasti akan berlaku dalam kehidupan saya.
Ingat, andalah yang membuat keputusan dan mencorakkan masa depan anda! Buatlah yang terbaik!
Anda boleh mencetak ikrar di atas dan tampal di tempat yang mudah dilihat. Insyallah, ia akan sentiasa memberi inspirasi kepada anda!
Sumber: DiariMukmin.com
Comments
Post a Comment