8 Faktor Anak Kecil Sukar Tidur Malam
1. sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur
✸Sekiranya puan selalu buaikan anak masa tidur, anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jikalau dia terjaga ataupun puan tak ada kat tepi dia waktu tidur, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian puan.
2. terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi
✸Anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.
3. gelisah berpisah dengan ibubapa (“separation anxiety”)
✸Anak-anak takut berpisah dengan ibubapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena and asyik bangun malam.
4. anak tidak ada rutin tidur yang tetap
✸Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat amalan tidur anak lebih susah. Ibubapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tertentu boleh juga menjejaskan amalan tidur si anak.
5. Obstructive Sleep Apnea
✸Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.
6. Alahan dan asma
✸Hidung sumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, sakit flu ataupun penyakit asma, boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.
7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)
✸Kadang-kala, anak terjaga sebab mimpi ngeri dan mereka dapat cerita balik mimpinya. Mereka rasa takut dan susah nak tidur semula. Tetapi, “night terror” mereka akan berjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti mimpi berjalan di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan mimpi berjalan akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.
8. Ubat-ubatan
✸Sesetengah ubat boleh menjejaskan kualiti tidur. Puan boleh tanya dengan doktor anda untuk adjustkan dos and waktu bagi ubat.
Sumber Jawapan: Dr Soong Eileen
Sumber Artikel dan Iklan: Facebook Tips Ibu dan Anak - KD
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Assalammu'alaikum...saya memang guna kd tu...Alhamdulilah anak saya yg kecik tu dah tak nangis malam lagi...Selesema pun dah jarang padahal diaorang sensetif mandi malam (xde la mandi sangat cuma bersihkan badan sebelum tidor) kipas kuat sangat pun boleh selesema." - Puan Faridah (Facebook) -
Kini...insya ALLAH anda boleh tidur malam dengan dengan nyenyak dgn adanya kd speechless Scent...
*** sms "CERIA" ke 017.708.0038 untuk dapatkan KELEBIHANNYA!! Arahan mudah pembelian diberi dalam sms. Sila ikut setiap arahan yang diberi dalam sms.
Sms SEKARANG..!
Comments
Post a Comment