Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq



اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini.


Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.  


Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak.


Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk beraktiviti di kawasan taman perumahan ini sahaja. Maka terhasillah aktiviti ini. 


Jumaat yang barokah saya mulakan aktiviti ini.


Khamis, hari sebelumnya kami membeli air kotak untuk diedarkan pada esok hari.


Dalam jam 10 kami bergerak (anak anak berbasikal, ibu tiada basikal jadi jalan kaki jelah ya sambil sorong baby) Hihihi.. Berdebar rasa, destinasi pertama adalah pondok pengawal. Alhamdulillah ada mereka di situ. Maka mulalah tangan yang menghulur dan tangan yang menerima dengan senyuman.


Selepas itu, kami jalan lagi. Jumpa pekerja developer sedang mengecat rumah salah seorang jiran kami di sini. Anak anak masuk ke dalam saya mngekori mereka daripada belakang, anak anak berlari-lari nak bagi. Oh, ada owner rumah rupanya di dalam itu sedang memerhatikan pekerja mengecat. Mereka pun dapat air daripada anak anak juga. Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Aktiviti berjalan lancar. In Shaa ALLAH, mohon sangat-sangat ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang beri izin kami beraktiviti lagi selepas ini.


Dalam kepala si ibu sudah ada idea lain untuk berinfaq. Kita infaq tenaga pula selepas ini ya anak anak. Siram pokok jiran!!! Anak anak pasti suka sebab dapat main air. Doakan kami istiqamah ya sahabat yang membaca. Aaminn Allahumma Aaminn...






Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji