Posts

Bila Si Ibu Tenang Dan Bahagia. Maka..

Image
Assalamualaikum gaiss.. Malam ni nak story tentang emosi seorang ibu. Suka suki tepek gambar seorang ibu bersama empat orang anaknya. 😍 Nampak macam mudah je dia uruskan anak anak ramai ni. Alhamdulillah. Semua Allah bantu. Anak anak Kak Farah ni kategori mudah dijaga. Sesuailah dengan ibu nya yang tak berapa nak sabar ni. Namun ada juga masa masa yang menguji kesabaran ibu. Ketika mana ibu penat dan lapar. Memang laju je ibu diorang ni jadi mak kau ijaoo. Kalau dua makhluk penat dan lapar ni dibelai. Duduk diam diam. Okay je emosi ibu. Jadi, buat teman teman ibu. Kenali punca emosi mak kau ijaoo. Dan berbaiklah dengan mereka. Bila penat, Kak Farah rehat. Duduk sensorang dalam bilik. Baring jap. Tarik nafas. Betulkan pernafasan. Bila lapar. Pi dapur. Minum susu ke. Makan biskut ke. Asalkan hilang lapar. In Shaa Allah bila ibu dah berdamai dengan dua makhluk tu. Emosi ibu juga damai. Biasa kita dengar kan. Emosi ibu mempengaruhi emosi ...

Perancangan Allah Yang TERBAIK. Mati itu BENAR..

Image
Assalamualaikum gaiss.. Lambat Kak Farah bersiaran hari ni. Ada kematian petang tadi. Nenda kesayangan belah suami kak Farah baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2:40 petang tadi. Perancangan Allah sangat cantik. Plan memang nak ziarah Makwan hari ni. Ahad, 15 September 2019. Tak sangka ini kali terakhir Kak Farah ziarah Makwan.  Pagi tadi, Kak Farah jumpa Makwan di hospital. Petangnya pula, Kak Farah jumpa Makwan di Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru. Alhamdulillah. Kak Farah tak sangka dapat tengok orang nazak camne.  Sedih tapi bersyukur sangat. Pemergian Makwan sangat mudah. Sangat cepat urusan pemergiannya. Yang buat Kak Farah kagum dan insaf sebenarnya. Dalam nafas turun naik laju. Dada berombak.  Makwan masih dengar azan. Subhanallah. Siap boleh tanya lagi ke kami. Azan kan tu? Ya, Makwan. Azan Zuhur. Rupanya, semasa sihatnya Mak...

Idea Menulis Datang, Bila...

Image
Assalamualaikum gaiss.. Pernah kan, kita ni taip padam, taip padam. Idea tu tetiba hilang. Rasa tadi macam banyak je nak kongsi. Salah satu yang selalu Kak Farah buat adalah. Kalau masa tu, kak Farah sedang duduk duduk atas sofa, Kak Farah bangun dan berjalan. Kalau masa tu, Kak Farah dalam rumah. Cuba keluar rumah. Perhati alam. Perhati haiwan yang lalu lalang depan mata ni. Perhati pokok. Cantik tak, pokok bunga dalam gambar ni. Kak Farah suka bunga bunga warna merah. Naik seri orang kata. 😁 Sebelum tu, niat lah nak menulis sesuatu tu. Biarlah yang menggembirakan orang lain. Yang memberi manfaat kepada orang lain. Yang penting untuk redha Allah. Kalau dah tak tahu nak taip apa. Tapi nak ada something juga kat wall FB tu. Korang share lah post kengkawan yang memberi inspirasi kat korang. Support sharing kengkawan pun BEST juga kann? 😊 #Challenge7HariMakMakBlogger #Day5

Doa Mohon Allah Beri Kefahaman Ilmu Buat Anak

Image
Assalamualaikum gais.. Di hari Jumaat yang mulia lagi barokah ni. Kak Farah nak kongsikan satu doa yang dikongsikan Ustazah asma' Harun di dalam ceramah ONLINE nya. Perkongsian ini Kak Farah ambil di FB Personal Kak Farah sendiri. Jom add friend. Klik link ni Farahliza Ismail (Kak Farah) Pesan Ustazah Asma' Harun. Amalan sebelum anak-anak pergi sekolah dan sebelum tidur. Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut : . 1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU. . Kemudian baca: 2. Ar-Rahman ayat 1-4. اَلرَّحۡمٰنُۙ‏ – Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang. عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏ – Yang mengajarkan Al-Quran. خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏ – Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan. عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ – Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu. . Moga A...

Hati-Hati Bila Terlintas Rasa Ini. Sebab...

Image
Assalamualaikum gaiss.. Masa Kak Farah mengandungkan Adik 'Aafiyah ni. Macam-macam akak rasa. Macam-macam akak tanya kat diri sendiri. Contohnya macam ayat ni. "Kesiannya kawan tu kene induce. Camnelah rasanya. Mesti sakit kan.." "3 -3 orang anak akak ni, semua doktor pecahkan air tetuban. Tak pernah rasa lagi air tetuban pecah sendiri." "Anak-anak Kak Farah semua keluar cukup bulan. Minggu ke 39/40." "Injek inferon ni camne? Takutlah. Orang kata sakit gil*r. Sakit sampai anak ketiga pun tak hilang lagi. Yeke?" Hasilnya. Kesemua pertanyaan Kak Farah ni, Kak Farah alami sendiri masa mengandungkan adik 'Aafiyah. Adan uke? Tanya lagi. Macam nak rasa je kann? Kecuali Injek Inferon tu akak tak buat. Sebab renyah je presedur dia. Kene gi klinik lain. Kene tunggu lagi. Dah lah berangkut bagai dengan 2 ketul ni. Cik Adah dan Cik Arissa. Jadi akak tak buat. Tak gi pun klinik serah diri. Jangan ikut perangai kak Farah...

Salam Ulangtahun Kelahiran Anakku.

Image
Hari ini hari kelahiran anak Kak Farah yang comel lagi baik hati ni. Nur Rashdaa 'Aafiyah. Jangan tanya, ni lelaki ke pompuan. Awak ni, dah pakai baju pink bunga bunga pun orang ingat awak boy. Apatah lagi kalau pakai baju seperti dalam gambar ni. Kann.. Banyaknya huruf A pada nama awak ni, dik. Sapa lah agaknya yang letak panjang panjang nama tu. Panggil Fiya. Secoet je panggilannya. Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu. Sudah menginjak satu tahun umurnya. Baru setahun hidup kat dunia ni. Alhamdulillah. Seorang anak yang sangat mudah diurus. Mudah tersenyum bila nampak manusia. Gambar ni, dia tak nampak Kak Farah. Dia nampak henpon. Bukan manusia. Itu yang berkerut kerut dahi nya. Hehehe.. Kalau nak cerita pasal adik ni, satu hari satu malam tak habis. Kan dik. Ibu terus tembak doa, sempena ulangtahun kelahiran adik yang pertama ni. Ibu doakan agar ALLAH kurniakan kesihatan TERBAIK buat adik. Akhlak dan pekerti yang mulia. Disayangi ALLAH, Nabi...

Kenapa Pilih Untuk Kembali Berblog

Image
Assalamualaikum semua. Tak sangka dah dua tahun senyap dari dunia blog dan kini Kak Farah kembali untuk berblog. Sebab apa tu Kak Farah kembali untuk sambung blog yang dah bersawang labah-labah ni? Kalau rumah tinggal ni, macam-macam hado dalam ni. Silap haribulan, rimau pun ada. Hahaha Kejap lagi Kak Farah sambung ya. Kak Farah nak memperkenalkan diri dulu. Saja Kak Farah tak letak pape kat Visit Profile. Nak berceloteh kat entri. Panjang sikit boleh menaip. Mihmihmih... Nama panggilan, selesa dipanggil Kak Farah. Walaupun awak lebih tua atau lebih muda. Sokay untuk panggil Kak Farah atau Farah. Kalau nak panggil Kak Farah Piljah pun boleh.. Ecececehhh.. Ajet retiss pulak dia. Masuk tahun 2019, Alhamdulillah seorang isteri dan dikurniakan empat orang anak. Usia 7, 5, 3 dan 1 tahun. Uwaaa.. Sekejap je masa berlalu. Sikenit ni dah setahun. Rasa macam baru bersalinkan dia semalam. Simptom mak mak sangat nih. Mihmihmih... Untuk perjalanan bisnes pula. Masih...

Tips Anak Minat Membaca

Image
Tercari-cari solusi supaya minat membaca? Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik.  In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca.  Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-   1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku. 2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat. 3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga. 4. Gunakan ...

Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq

Image
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini. Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.   Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak. Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk ber...

Tips Mudah Anak Sayang Mama

Image
Assalamualaikum wrb semua pembaca yang dirahmati Allah. Saya ingin berkongsi KISAH MAMA yang saya dapat daripada langganan email Naluri Parenting Cafe.  Dua tips ini berlaku secara RUTIN dan ia adalah kebiasaan sehingga kini. Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. Jom teruskan membaca ^_^  1- Sarapan Yang Membahagiakan                                              Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan...

Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa

Image
Abang tenang pada hari dia berkhatan/bersunat. ^_^ Bismillahirohamanirrohimm.. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca yang sentiasa diberkati dan diredoi ALLAH. Pagi ini saya terjumpa penulisan daripada sahabat Facebook, seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah. Mata saya tertumpu kepada point nombor dua (2) kerana ianya sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. Alhamdulillah. Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.  Momen di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka. Momen yang perlu dimanfaatkan: 1. Waktu makan bersama Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia. 2....

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (...

Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.

Image
Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah. Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu. Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu.  Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH. 1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar . Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu. Persoalannya:: ...

Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun

Image
Sumber: The Meta Picture FB page Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak. Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2) Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa. Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini. Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya. B...

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu...

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas m...