Posts

Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa

Image
Abang tenang pada hari dia berkhatan/bersunat. ^_^ Bismillahirohamanirrohimm.. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca yang sentiasa diberkati dan diredoi ALLAH. Pagi ini saya terjumpa penulisan daripada sahabat Facebook, seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah. Mata saya tertumpu kepada point nombor dua (2) kerana ianya sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. Alhamdulillah. Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.  Momen di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka. Momen yang perlu dimanfaatkan: 1. Waktu makan bersama Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia. 2....

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (...

Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.

Image
Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah. Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu. Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu.  Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH. 1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar . Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu. Persoalannya:: ...

Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun

Image
Sumber: The Meta Picture FB page Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak. Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2) Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa. Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini. Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya. B...

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu...

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas m...

Eksperimen Uji Kelarutan Bersama Anak Bijak.

Image
Eh, mereka buat apa tu? Haaa..ini ialah eksperimen untuk menguji keterlarutan Kenapa nak main experimen macam ni..? Mereka faham ke? Tak bersepah ke? Senang k e nak urus anak buat experiman macam tu?  Aktiviti sebegini dapat memepuk semangat INGIN TAHu yang amat tinggi kepada anak anak. Semangat ingin mencuba yang kadang kala sering kita TAHAN..kerana takut kotor..takut bersepah..dan lain lain.. Hakikatnya semasa aktiviti ini..mereka sangat BEHAVE . Respon mereka? amat TERUJA dan EXCITED bila mereka : CUBA letak sendiri.. KACAU sendiri bahan bahan tersebut Dapat MENGELASKAN mana yang larut dan tidak larut. Umur berapa boleh buat? Activity ni semua peringkat umur bole buat. Cuma bezanya cara kupasan guru perlu bersesuaian dgn perkembangan mereka. Untuk gambar di atas, ..bahan yang di gunakan ialah bunga cengkih, serbuk kari, garam, gula, kacang hijau,buah pelaga Sebenarnya kalau nak guna apa sahaja pun boleh!!!. Jadi activiti ini..tak perlu tung...

Ajar Anak Buat Helicopter Terbang!

Image
Paper Helicopter   Tadaaa.. Dah siap helikopter Ahmad. 'Blade' dan klip pemberat memainkan peranan penting dalam kelancaran pusingan helikopter. Pelbagai bentuk blade boleh buat. Boleh Tunjuk dan cerita ke anak. Jika blade panjang, lebih lama di udara berbanding blade pendek. Bagaimana pula dengan blade serong? Boleh pusing ke? Haaa.. Macam-Macam design blade boleh buat. Ibu belajar, anak seronok bermain dan tambah ilmu. Dalam masa yang sama, dalam tidak sedar, anak belajar semasa bermain. Tidak perlu tension-tension, main sahaja. Hihihi.. Anak menjerit teruja. Melompat, mencampak nak tengok helikopter terbang. Sabar tunggu ibu buat helikopter banyak-banyak ya. Bermain Bergurau dengan anak-anak adalah sunnah Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa Sallam. Berminat untuk mendapatkan buku aktiviti ini? Whatsapp Farah 017-7080038  Sumber: FarahlizaIsmail

365 Science Activities Bersama Anak Bijak.

Image
Kincir Angin yang comel. Gambar kenangan sebelum kincir angin jatuh ke tanah dari tingkat 10. Hihihi.. Ahmad.. Ahmad.. Ok. Ibu buat lain ya. Ibu pandai buat. Hahaha. Ketawa jahat. Sebenarnya, banyak kali ibu buat. Tak jadi. Hihihi Abah: Ibu.. Ibu.. Kertas kena potong segiempat sama. Buat segiempat tepat.. Tak boleh pusing. Ibu : Ye ke? (tak nak kalah tu.. Kikiki) Ok. Tadaaa.. baru boleh pusing. Hihihi Ibu.. Ibu.. Da ada buku pun, salah buat. Hahaha. Practise make perfect, okay.. Selamat mencuba, ibu-ibu. Whatsapp 017-7080038 untuk dapatkan Buku Aktiviti yang menyeronokkan ini. Best!!! ‪#‎ 365ScienceActivities‬ Sumber: FarahlizaIsmail

Cara Membentuk Perasaan Positif Anak.

Image
Membentuk Perasaan Anak. Sedikit perkongsian daripada buku Prophetic Parenting. Cara Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam mendidik Anak. Bagaimana kita nak membangunkan emosi dan perasaan anak agar dapat berkembang menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang dalam kehidupannya kelak? Kita praktikkan apa yang Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam buat, In Shaa Allah persoalan di atas akan terjawab. - Cium anak. Layan dengan kelembutan dan kasih sayang. Menyayangi anak-anak adalah salah satu sifat kenabian. Salah satu jalan mendapat redha Allah. - Bermain dan bergurau dengan anak-anak. Berlari-lari dengan anak. Memanggil anak dengan nama yang baik. Ketawa bersama. Bergurau. Bermain bersama anak-anak adalah sunnah. - Beri anak-anak hadiah. Gembirakan anak-anak. Hadiah memiliki pengaruh yang baik dalam jiwa manusia umumnya. Dalam jiwa anak-anak lebih besar pengaruh dan kesannya. - Mengusap kepala atau pipi anak. Anak-anak akan merasa kehadiran m...