Posts

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Image
Perkongsian aktiviti menarik daripada Puan Yulia Yusar yang bijaksana dalam melakukan aktiviti Homeschooling bersama anakanda tercinta. Jom, buat gunung berapi! Tapi kali ini saya buat dengan menggunakan kertas surat khabar. Sebelum ini pernah buat dengan 'homemade playdough' Bezanya yang guna surat khabar nampak lagi 'real'..hehe sebab bila 'larva' mengalir model gunung berapi tidak lembik berbanding apabila kami guna playdough. Tapi terpulang mana yang minat menggunakan surat khabar atau homemade playdough. BAHAN-BAHAN UNTUK MODEL GUNUNG BERAPI: *Surat khabar (entah dari mana En. Suami rembat surat khabar..sudah berkurun tak bc paper.) *Botol kosong *Water Color *Figurine *Dulang *Tape BAHAN-BAHAN UNTUK LARVA GUNUNG BERAPI : *Cuka *Sabun serbuk *Soda bikarbonat *Pewarna oren atau merah. CARA GUNUNG BERAPI MELETUS. Isikan sabun, soda bikarbonat dan pewarna kedalam kawah gunung berapi. Kemudian masukkan cuka. Tunggulaa reaksi larva yang bersedia untuk di...

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji

Image
Seawal-awal umur anak yang mampu dan boleh mengenal serta mengingati huruf ialah dalam lingkungan 3-4 tahun bagi yang tiada langsung menerima dorongan daripada rumah (zero daripada ibubapa). Berbeza bagi yang anak yang selalu menerima pengajaran dan dorongan sejak bayi oleh ibubapa. Lebih awal anak-anak dirangsang, lebih cepat mereka mahir dalam satu-satu perkara.  Jika kerap kita memberinya menonton Oppa Gangnam Style, mereka akan cepat belajar menari. Jika kita kerap memberinya mendengar nyanyian Alif Ba Ta, makin cepat mereka belajar mengaji. Pilihan di tangan ibubapa sepenuhnya. Apabila mereka sudah besar, pilihan bukan sepenuhnya lagi milik ibubapa.  Langkah & Prosedur :  1. Ajarkan anak cilik mengenal huruf hijaiyyah dalam bentuk yang menyeronokkan dan santai melalui penggunaan kad imbas. Tidak perlu terlalu serius hingga harus duduk diam menghadap buku. Boleh dilakukan sambil bermain.  ** Nota tambahan : Jika anak tidak boleh menerimapakai ca...

Doa Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus. Amalkan.

Image
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN PAGI DAN PETANG. Rasulullah SAW bersabda " Tidaklah seseorang hamba berdoa setiap pagi dan petang dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui" baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. - Hadis Riwayat At Tirmidzi Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membaw a maksud seperti berikut; 1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’ALLAH kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; 1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 3. Selamat dari bahaya. 4. Tidak melarat, Menjadi Senang. Keberuntungan beramal dengan doa ini ✔ Terhindar Daripada Bahaya Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din men...

Kisah Ibu Dan Isteri Yang Hebat

Image
ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya. Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini. Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja. Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani. Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri. Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak. Apalagi bila melihat wajah suami ceria ...

6 Tips Anak Rasa Disayangi

Image
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi: 1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya. 2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya. 3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ...

Ibu Abah.. Jadilah Cermin Yang Terbaik Kepada Anak-Anak

Image
Jadilah Cermin Yang Terbaik  Seringkali pepatah menyamakan ibu bapa sebagai cermin kepada anak-anak. Anak-anak umpama melihat cermin apabila mereka melihat tingkah laku dan apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai cermin seh arusnya kita ingin memantulkan gambaran paling baik. Maka berhati-hatilah dengan segala tingkah laku dan percakapan kita di hadapan anak-anak. Apa sahaja yang kita lakukan mudah sahaja akan ditiru oleh anak-anak. Jangan fikir anak anda masih kecil dan tidak tahu apa yang anda lakukan. Bahkan pada usia kecil itulah mereka lebih cepat menyerap apa sahaja yang diperhatikan di sekeliling. Maka jangan terkejut jika satu hari nanti mereka turut akan mengeluarkan kembali perkataan tersebut atau beraksi sama seperti anda (yang negatif). Sekiranya anda sering menuturkan perkataan ‘tolong’ setiap kali meminta sesuatu atau meminta bantuan dan ‘terima kasih’ jika menerima bantuan atau barang, tentu sahaja ia akan menjadi ikutan si kecil kelak...

Kuasa Pelukan Ibu Ayah Kepada Anak

Image
 Kuasa Pelukan Ibu Ayah Anak-anak umpama permata hati bagi ibu dan ayah. Kita terlalu sayang akan mereka. Namun kadang kala kita tidak boleh menerima kesalahan yang mereka lakukan. Kita terlalu mahukan yang terbaik untuk mereka sedangkan sebagai kanak-kanak mereka perlu belajar dari kesilapan. Justeru berilah sokongan dan dorongan kepada mereka apabila melakukan kesilapan. Pelukan merupakan salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela. Sumber: Pa&Ma -------------------------------------------------------- "Alhamdulillah...rasa indahnya ketenangan, per...

8 Faktor Anak Kecil Sukar Tidur Malam

Image
1. sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur ✸Sekiranya puan selalu buaikan anak masa tidur, anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jikalau dia terjaga ataupun puan tak ada kat tepi dia waktu tidur, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian puan. 2. terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi ✸Anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam. 3. gelisah berpisah dengan ibubapa (“separation anxiety”) ✸Anak-anak takut berpisah dengan ibubapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena and asyik bangun malam. 4. anak tida...

Terapi Stress Untuk Ibu Menyusu

Image
Soalan 2 Saya telah kembali bekerja setelah habis pantang. Sewaktu di pejabat saya akan memerah susu dan menyusukan secara terus apabila berada di rumah.Saya dapati air susu saya semankin berkurang. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masa lah ini? Mengapa keadaan ini berlaku? Jawapan: Sekiranya ibu menyusukan bayi mengikut kehendak bayi, susu yang dihasilkan akan berpadanan dengan pengambilan susu oleh bayi. Ramai ibu sering salah faham dan beranggapan susu yang dihasilkan seharusnya pada kuantiti yang sama atau sentiasa meningkat. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi penghasilan susu. Ramai ibu mengalami masalah pengurangan susu apabila mula kembali kerja. Antara sebab biasa adalah jumlah atau bilangan rangsangan dan proses memerah atau menyusu terus dari payudara tidak sama banyak dengan keperluan sebenar bayi menyusu jika bayi hanya menyusu terus dari payudara. Keupayaan seseorang bayi untuk mengosongkan payudara secara terus adalah jauh lebih ...

Dilema Ibu Mengajar Anak Kecil.

Image
Beberapa kali sy ditanya oleh rakan seperjuangan yang mana mereka dalam proses mengajar anak mereka huruf2 hijaiyyah mereka buntu. anak tidak menunjukkan sebarang respon apabila flash card ditayangkan rata-rata umur anak mereka dalam lingkungan 1 tahun setengah ke 2 tahun senang sahaja jawapan pada soalan ni setiap anak perkembangan bahasa mereka berlainan ada yang bertutur awal.. ada yang bertutur pelat.. semua ni bergantung pada pelbagai faktor.. ibu-ibu yang mengajar biasanya berharap setiap kali anak mereka di soal akan mampu menjawab huruf hijaiyyah yang ditayang ramai ibu yang demotivated/tak bersemangat lepas anak tidak menunjukkan respon seperti yang diharapkan nasihat saya satu sahaja.. terus tayangkan flash card.. anak biasa buat2 tak endah tapi hakikatnya mereka sedang serap semua ilmu yang kita beri soalan kedua yang agak femes juga ditanya ialah macam mana nak tahu anak dah kenal ke belum huruf? iye lah.. anak bercakap pun belum jelas..n...