Posts

Bila Si Ibu Tenang Dan Bahagia. Maka..

Image
Assalamualaikum gaiss.. Malam ni nak story tentang emosi seorang ibu. Suka suki tepek gambar seorang ibu bersama empat orang anaknya. 😍 Nampak macam mudah je dia uruskan anak anak ramai ni. Alhamdulillah. Semua Allah bantu. Anak anak Kak Farah ni kategori mudah dijaga. Sesuailah dengan ibu nya yang tak berapa nak sabar ni. Namun ada juga masa masa yang menguji kesabaran ibu. Ketika mana ibu penat dan lapar. Memang laju je ibu diorang ni jadi mak kau ijaoo. Kalau dua makhluk penat dan lapar ni dibelai. Duduk diam diam. Okay je emosi ibu. Jadi, buat teman teman ibu. Kenali punca emosi mak kau ijaoo. Dan berbaiklah dengan mereka. Bila penat, Kak Farah rehat. Duduk sensorang dalam bilik. Baring jap. Tarik nafas. Betulkan pernafasan. Bila lapar. Pi dapur. Minum susu ke. Makan biskut ke. Asalkan hilang lapar. In Shaa Allah bila ibu dah berdamai dengan dua makhluk tu. Emosi ibu juga damai. Biasa kita dengar kan. Emosi ibu mempengaruhi emosi

Perancangan Allah Yang TERBAIK. Mati itu BENAR..

Image
Assalamualaikum gaiss.. Lambat Kak Farah bersiaran hari ni. Ada kematian petang tadi. Nenda kesayangan belah suami kak Farah baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2:40 petang tadi. Perancangan Allah sangat cantik. Plan memang nak ziarah Makwan hari ni. Ahad, 15 September 2019. Tak sangka ini kali terakhir Kak Farah ziarah Makwan.  Pagi tadi, Kak Farah jumpa Makwan di hospital. Petangnya pula, Kak Farah jumpa Makwan di Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Taman Mount Austin, Johor Bahru. Alhamdulillah. Kak Farah tak sangka dapat tengok orang nazak camne.  Sedih tapi bersyukur sangat. Pemergian Makwan sangat mudah. Sangat cepat urusan pemergiannya. Yang buat Kak Farah kagum dan insaf sebenarnya. Dalam nafas turun naik laju. Dada berombak.  Makwan masih dengar azan. Subhanallah. Siap boleh tanya lagi ke kami. Azan kan tu? Ya, Makwan. Azan Zuhur. Rupanya, semasa sihatnya Makwan. Sentiasa

Idea Menulis Datang, Bila...

Image
Assalamualaikum gaiss.. Pernah kan, kita ni taip padam, taip padam. Idea tu tetiba hilang. Rasa tadi macam banyak je nak kongsi. Salah satu yang selalu Kak Farah buat adalah. Kalau masa tu, kak Farah sedang duduk duduk atas sofa, Kak Farah bangun dan berjalan. Kalau masa tu, Kak Farah dalam rumah. Cuba keluar rumah. Perhati alam. Perhati haiwan yang lalu lalang depan mata ni. Perhati pokok. Cantik tak, pokok bunga dalam gambar ni. Kak Farah suka bunga bunga warna merah. Naik seri orang kata. 😁 Sebelum tu, niat lah nak menulis sesuatu tu. Biarlah yang menggembirakan orang lain. Yang memberi manfaat kepada orang lain. Yang penting untuk redha Allah. Kalau dah tak tahu nak taip apa. Tapi nak ada something juga kat wall FB tu. Korang share lah post kengkawan yang memberi inspirasi kat korang. Support sharing kengkawan pun BEST juga kann? 😊 #Challenge7HariMakMakBlogger #Day5

Doa Mohon Allah Beri Kefahaman Ilmu Buat Anak

Image
Assalamualaikum gais.. Di hari Jumaat yang mulia lagi barokah ni. Kak Farah nak kongsikan satu doa yang dikongsikan Ustazah asma' Harun di dalam ceramah ONLINE nya. Perkongsian ini Kak Farah ambil di FB Personal Kak Farah sendiri. Jom add friend. Klik link ni Farahliza Ismail (Kak Farah) Pesan Ustazah Asma' Harun. Amalan sebelum anak-anak pergi sekolah dan sebelum tidur. Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut : . 1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU. . Kemudian baca: 2. Ar-Rahman ayat 1-4. اَلرَّحۡمٰنُۙ‏ – Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang. عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏ – Yang mengajarkan Al-Quran. خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏ – Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan. عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ – Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu. . Moga A

Hati-Hati Bila Terlintas Rasa Ini. Sebab...

Image
Assalamualaikum gaiss.. Masa Kak Farah mengandungkan Adik 'Aafiyah ni. Macam-macam akak rasa. Macam-macam akak tanya kat diri sendiri. Contohnya macam ayat ni. "Kesiannya kawan tu kene induce. Camnelah rasanya. Mesti sakit kan.." "3 -3 orang anak akak ni, semua doktor pecahkan air tetuban. Tak pernah rasa lagi air tetuban pecah sendiri." "Anak-anak Kak Farah semua keluar cukup bulan. Minggu ke 39/40." "Injek inferon ni camne? Takutlah. Orang kata sakit gil*r. Sakit sampai anak ketiga pun tak hilang lagi. Yeke?" Hasilnya. Kesemua pertanyaan Kak Farah ni, Kak Farah alami sendiri masa mengandungkan adik 'Aafiyah. Adan uke? Tanya lagi. Macam nak rasa je kann? Kecuali Injek Inferon tu akak tak buat. Sebab renyah je presedur dia. Kene gi klinik lain. Kene tunggu lagi. Dah lah berangkut bagai dengan 2 ketul ni. Cik Adah dan Cik Arissa. Jadi akak tak buat. Tak gi pun klinik serah diri. Jangan ikut perangai kak Farah

Salam Ulangtahun Kelahiran Anakku.

Image
Hari ini hari kelahiran anak Kak Farah yang comel lagi baik hati ni. Nur Rashdaa 'Aafiyah. Jangan tanya, ni lelaki ke pompuan. Awak ni, dah pakai baju pink bunga bunga pun orang ingat awak boy. Apatah lagi kalau pakai baju seperti dalam gambar ni. Kann.. Banyaknya huruf A pada nama awak ni, dik. Sapa lah agaknya yang letak panjang panjang nama tu. Panggil Fiya. Secoet je panggilannya. Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu. Sudah menginjak satu tahun umurnya. Baru setahun hidup kat dunia ni. Alhamdulillah. Seorang anak yang sangat mudah diurus. Mudah tersenyum bila nampak manusia. Gambar ni, dia tak nampak Kak Farah. Dia nampak henpon. Bukan manusia. Itu yang berkerut kerut dahi nya. Hehehe.. Kalau nak cerita pasal adik ni, satu hari satu malam tak habis. Kan dik. Ibu terus tembak doa, sempena ulangtahun kelahiran adik yang pertama ni. Ibu doakan agar ALLAH kurniakan kesihatan TERBAIK buat adik. Akhlak dan pekerti yang mulia. Disayangi ALLAH, Nabi

Kenapa Pilih Untuk Kembali Berblog

Image
Assalamualaikum semua. Tak sangka dah dua tahun senyap dari dunia blog dan kini Kak Farah kembali untuk berblog. Sebab apa tu Kak Farah kembali untuk sambung blog yang dah bersawang labah-labah ni? Kalau rumah tinggal ni, macam-macam hado dalam ni. Silap haribulan, rimau pun ada. Hahaha Kejap lagi Kak Farah sambung ya. Kak Farah nak memperkenalkan diri dulu. Saja Kak Farah tak letak pape kat Visit Profile. Nak berceloteh kat entri. Panjang sikit boleh menaip. Mihmihmih... Nama panggilan, selesa dipanggil Kak Farah. Walaupun awak lebih tua atau lebih muda. Sokay untuk panggil Kak Farah atau Farah. Kalau nak panggil Kak Farah Piljah pun boleh.. Ecececehhh.. Ajet retiss pulak dia. Masuk tahun 2019, Alhamdulillah seorang isteri dan dikurniakan empat orang anak. Usia 7, 5, 3 dan 1 tahun. Uwaaa.. Sekejap je masa berlalu. Sikenit ni dah setahun. Rasa macam baru bersalinkan dia semalam. Simptom mak mak sangat nih. Mihmihmih... Untuk perjalanan bisnes pula. Masih

Tips Anak Minat Membaca

Image
Tercari-cari solusi supaya minat membaca? Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik.  In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca.  Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-   1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku. 2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat. 3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga. 4. Gunakan pelbagai inton

Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq

Image
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini. Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.   Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak. Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk ber

Tips Mudah Anak Sayang Mama

Image
Assalamualaikum wrb semua pembaca yang dirahmati Allah. Saya ingin berkongsi KISAH MAMA yang saya dapat daripada langganan email Naluri Parenting Cafe.  Dua tips ini berlaku secara RUTIN dan ia adalah kebiasaan sehingga kini. Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. Jom teruskan membaca ^_^  1- Sarapan Yang Membahagiakan                                              Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan. Suasana ini membuatka