Posts

Showing posts from September, 2014

Tips Anak Minat Membaca

Image
Masalah membaca di kalangan kanak kanak. Terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Punca anak-anak jadi begitu kerana : a. Ini mungkin kerana kurang tumpuan atau memberi perhatian dalam bacaan b. Tidak aktif membaca atau jarang jarang membaca c. Tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya Latihan-latihan tertentu perlu diberikan kepada anak begini. 1-Motivasi dan galakan ibubapa Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar membaca dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan galakan pada anak baca buku. Ibubapa mesti displinkan anak dalam membaca atau belajar. 2-Tanamkan minat membaca Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri anak-anak kita. Bagaimana nak tanam minat membaca. Mulakan dengan buku bergambar dahulu dan boleh juga guna kad bergambar. Cerita kat anak apa nama gambar itu biar anak minat dan ingin tahu. Katakan pada anak, jika kamu boleh baca kamu akan tahu lebih banyak l

Kelebihan Anak Bermain Puzzle

Image
  8 KELEBIHAN KANAK-KANAK BERMAIN PUZZLE : 1- Mengaktif, meransang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna. 2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle. 3- Melatih pemikiran logik. 4- Melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle. 5- Meningkat pengetahuan tentang bentuk dan ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle. 6- Meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa berbual dengan anak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama. 7- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut. 8- Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk me

Mempelbagaikan Teknik Flashcard/ Kad Imbas

Image
Sekarang ini sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi. Saya ingin berkongsi beberapa teknik untuk kita aplikasikan bersama. Tampal/Letakkan huruf flashcard yang masih belum dikuasai oleh anak anda di tempat2 seperti berikut: 1-Didapur, Anda tampal flashcard berhampiran tempat makan anak. Semasa makan boleh la anda bunyikan huruf tersebut. ataupun sementara anak menunggu anda menyiapkan makanannya.. anda boleh melakukan aktiviti ini. 2-Di tempat bermain. Lekatkan flashcard di situ.. Sudah pasti anak2 anda akan menjeling2 ke arah flashcard. Sambil2 bermain tu, anda bunyi2kanlah huruf di flashcard. jika dia berminat, anda boleh teruskan, jika tidak.. biarkanlah dia bermain dulu. berilah dia sedikit masa.. 3-Tampal di peti ais.Gunakan huruf di flashcard sebagai 'password' untuk anak anda buka peti ais. Teknik ini 'memaksa&#

3 Cara Wardina Safiyyah Didik Anak Solat 5 Waktu

Image
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda… I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la… Tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i alway

Cara Mengawal Marah Pada Anak.

Image
  Cara mengurangkan marah pada anak kecil Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda. Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah. Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap po

5 Formula Anak Cepat Membaca

Image
Saya kongsikan 5 formula dari Puan Rohaya Binti Shahibudin, yang pakar dalam membantu menyelesaikan masalah ibubapa untuk mengajar anak2 mereka sendiri di rumah supaya cepat membaca : Formula pertama Sediakan suasana pembelajaran yang selesa di tempat belajar. Maksud saya kemas dan bersih. Yang utamanya, Jangan ada sebarang permainan di kawasan tersebut. Formula kedua Tengok mood anak2Pastikan dia tenang dan boleh beri tumpuan. Pastikan dia telah makan dan tidur. Agar dia boleh beri tumpuan sewajarnya waktu kita hendak kenalkan huruf. Formula ketiga Jangan lebih dari 5 minit untuk mengajarnya kerana kanak2 , jenis kinestatik dan cepat bosan. Lepas beberapa minit ajar lagi dia. Formula ke4 Satu bunyi (kita guna phoinic) untuk satu hari. Contoh b. So hari tu just cerita pasal b je.... Ini semua untuk dia lebih kenal b n bunyinye. If kat tadika saya b tu diajar selama seminggu dengan pelbagai methord. Formula ke 5 Kenalkan huruf kecil dahulu peringkat awal. Selepas itu a

Terapi Kesihatan Seisi Keluarga Madu Sidr

Image
Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yaman yang terbaik di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yaman dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan. Pokok sidir yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai salah satu pokok istimewa sehingga disebut di dalam A

Penawar Sawan Tangis

Image
Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang se lalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya. Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya. Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan. Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi

Elak Guna Perkataan "Jangan"

Image
Elak Guna Perkataan "Jangan" !! Kenapa Pula ? Sepatutnya kita tegur anak "Rajin belajar ya" Tetapi kita selalu berkata "JANGAN malas belajar tau" Atau "Dari kecil-kecillah kamu kena belajar berjimat" Tetapi kita berkata "Dari kecil-kecil lagi JANGAN suka bazir duit" (1) Perkataan "jangan" dan "malas" / "bazir"" bersifat negatif. "Rajin" atau "jimat" adalah perkataan positif. Kenapa guna 2 perkataan negatif ; "JANGAN MALAS" / "JANGAN BAZIR". Guna saja 1 perkataan positif - RAJIN atau JIMAT. Itu hujjah pertama. (2) Namun sebab sebenar bukanlah itu. Perkataan melambangkan imej. Bila orang kata "durian", muncul imej buah yang berduri tu dalam kepala kita.Bila disebut "harimau", timbul pula gambar "pak belang" tu dalam otak kita. Kenapa apabila kita tengah berselera makan nasi, kita akan marah kalau ada seseorang m

Galakkan Anak Sertai Pertandingan

Image
Rasulullah SAW Menggalakkan Anak Sertai Pertandingan. Perlumbaan dan pertandingan secara umumnya dapat menggerakkan semangat manusia, terlebih lagi bagi kanak-kanak yang memiliki perasaan dan kemampuan terpendam yang tidak diketahui melainkan hanya terzahir ketika dirinya berada di hadapan orang yang harus dia kalahkan secara kompetitif. Rasulullah SAW menanamkan dalam jiwa kanak-kanak sikap kompetitif untuk menggali kemampuan terpendam ini. Di antara contoh-contohnya adalah berbentuk pertanyaan menguji minda atau teka-teki  tatkala Rasulullah SAW melontarkan pertanyaan kepada para sahabat. Di antara para hadirin itu terdapat Ibnu Umar RA yang merupakan peserta yang paling muda. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Umar RA: Rasulullah SAW bersabda, “Di antara pepohonan terdapat satu yang daunnya tidak gugur. Seumpama seperti seorang Muslim. Beritahukanlah kepadaku pohon apakah itu?” Orang-orang pun mengira-ngira pohon apakah itu. Abdullah mengatakan, “Dalam hatiku aku men

Seronok Bermain dan Bergurau Senda Dengan Anak

Image
Alam kanak-kanak merupakan alam yang paling berharga dalam perkembangan hidup manusia. Banyak perkara di alam tersebut yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi seseorang insan apabila mereka besar nanti. Salah satu kaedah pendidikan paling berkesan bagi kanak-kanak adalah menyertai mereka bermain. Bermain dan bergurau senda bersama anak dapat membantu mereka mengungkapkan apa yang terpendam di dalam hati mereka. Ia secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Ikut Cara Rasulullah SAW Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara beliau bermain dengan cucu-cucunya Hasan dan Husin; bagaimana kedua anak itu menaiki punggung beliau dan berjalan bersama beliau. Adakalanya beliau bermain bersama anak-anak Abbas. Semua itu menunjukkan betapa pentingnya kedua ibu bapa bermain bersama anak-anak mereka. Di antara besarnya perhatian Rasulullah SAW terhadap ibu bapa untuk menemani a

Cara Hukum Anak yang Tidak Dibenarkan!

Image
  5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam: 1. Memukul wajah Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.” 2. Menampakkan kemarahan yang sangat Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah." 3. Memukul di dalam keadaan sangat marah Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas

Cara Rasulullah SAW Bina Keyakinan Diri Anak-anak

Image
Rasulullah SAW menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri. Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah: 1.Menguatkan Keinginan Anak Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut: a. Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya. Aplikasikan pada anak anda: Berit

Kuasai Masa Depan Anda

Image
10 Ikrar Untuk Menguasai Masa Depan Anda Membina kehidupan yang sempurna bukanlah mudah. Dunia yang penuh dengan pancaroba ini sentiasa sahaja memberikan tekanan dan halangan dalam usaha mencapai kejayaan yang anda impikan. Sudah pasti anda memerlukan motivasi dalaman untuk membina kekuatan dan jati diri dalam menempuh pelbagai dugaan tersebut. 10 ikrar yang akan disenaraikan di bawah mampu memberi inspirasi dalaman untuk mengawal sebarang situasi dan tindakan dalam merealisasikan impian anda. Ia sebenarnya kelihatan begitu mudah untuk mempunyai inspirasi dalaman yang positif tatkala semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Sebaliknya yang lebih penting adalah kekuatan yang diperlukan tatkala kita ditolak, dipukul badai kehidupan dan ketika mana kita sudah hilang kepercayaan terhadap diri kita sendiri. Ketika itu, apa yang akan kita katakan pada diri kita untuk mengumpul sisa kekuatan yang berbaki? Berikut adalah 10 ikrar yang akan membuatkan anda terus maju dan berfikir

Doa Anak Lambat Cakap

Image
Bismillah... Jika anak anda masih lambat bercakap, boleh bacakan Surah Al-Fatihah dan doa di atas pada madu dan sapukan madu di bawah lidah anak yang lambat bercakap itu. Selalu amalkan, Insya-Allah, anak tersebut akan dapat bercakap. Di samping berdoa, buat juga pemeriksaan pendengaran anak-anak dengan berjumpa Audiologist (Pakar pendengaran) .Di takuti anak itu mempunyai masalah pendengaran. Apabila tiada input bunyi, anak itu tidak boleh bercakap atau lambat. Maka jika ada masalah, tindakan lanjut dapat dibuat awal. Jika tiada masalah pendengaran. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Sumber: Facebook Promosi bulan ini di Kiddie Funtime Buku Kanak2: Rajin Belajar Jawi Setiap helaian adalah berkulit keras Isi Buku Rajin Belajar Jawi Harga Promosi: RM13 Harga Biasa: RM15 Jika berminat sms/whatsapp Buku Jawi dan hantar ke 017.708.0038

Bina Kefahaman dan Getaran Rasa Apabila Baca Al-Fatihah

Image
Tips Mendapat ZUQ (rasa) dalam Bacaan Al-Fatihah Ketika Solat 1) Faham makna ayat surah al-Fatihah. Tak kenal maka tak cinta. Tak faham maka bagaimana mahu “rasa”. Bina kefahaman makna surah al-Fatihah, dengan belajar melalui buku atau majlis ilmu tertentu. Kemudian, *Disertai praktis setiap hari untuk hafaz dan faham. 2) Banyakkan proses untuk memahami al-Fatihah dalam solat sunat. Boleh dikatakan, susah seseorang itu untuk solat lebih khusyuk, jika kurang solat sunatnya. Solat Sunat adalah sebenarnya satu “intensive course“ untuk solat fardhu yang berkualiti . Semasa solat sunat adalah masa terbaik untuk praktis “refleks” makna al-Fatihah.  3) Tips Imam Ghazali -- Wujudkan “ gap “ waktu di antara “aktiviti kerja “ dan “solat“ Ramai orang tergesa-gesa untuk solat sebaik sahaja aktiviti pekerjaan dilakukan. Sesungguhnya ia menambah risiko untuk “kerja-kerja” itu masuk ke dalam solat. Oleh itu, sebaiknya diamalkan sunnah Rasulullah, iaitu dengan meng

Anak Nakal? 5 Langkah Ini Buat Saya Sedar Sebenarnya Siapa Yang Salah

Image
Selama ini kita mungkin mendidik anak dengan cara tersendiri. Kita mungkin cuba memahami dan menilai anak kita berdasarkan apa yang kita faham. Tetapi tahukah anda bahawa kemungkinan cara kita menilai atau mendidik itu salah? Mungkin kita sepatutnya melakukan perkara disebaliknya? Menurut di dalam buku tulisan “The Child Whisperer” , terdapat 5 langkah dapat diambil untuk mendidik dan memahami anak anda. Mungkin pendekatan ini sedikit pelik daripada kebiasaan, tetapi mengapa tidak mencuba sahaja? Langkah tersebut adalah seperti berikut: 1. Mulakan daripada tempat masalah tersebut 2. Kenali perwatakan sebenar anak anda 3. Tafsirkan permasalah tersebut 4. Jadi seorang yang intuitif 5 .Hayati kegembiraan anda! Mungkin langkah yang dikongsi sedikit sukar difahami. Apa kata anda lihat infografik di bawah untuk lebih memahami apakah yang perlu dibuat untuk memahami anak anda. Kami percaya, anda akan sukakannya. Langkah yang ke-2 adalah pendeka

MASYA ALLAH!! Al-Quran Menyatu dalam Darah dan Daging Anak Kita.

Image
Assalamualaikum Farahliza, Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu! Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah

Tahukah Anda Dengan Kemampuan Kanak-Kanak Yang Berumur 4 tahun?

Image
Sukacitanya saya berkongsi emel yang dihantar kepada saya daripada Puan Lina Karim (ibu kepada Darwish n Darwisya). Semoga menjadi panduan untuk ibu2 diluar sana yang ingin dan sangat teruja untuk mendidik anak2 mengenal huruf2 Al-Quran dan seterusnya menghafal surah2 di dalamnya. ---   Assalamualaikum Farahliza,   Alhamdulillah, kini saya dapat berkongsi apa yang saya ragu-ragu selama ini. Apa yang saya ragu-ragu tu ye? Haa.. saja nak bagi suspen.. Saya sebenarnya ragu dengan kemampuan kanak-kanak umur 4 tahun (maksudnya saya ragu-ragu dengan anak saya sendiri lah tu!) . Dahulu bila saya lihat Darwisya boleh menghafal surah panjang seperti Surah Sajadah dan Surah al Mulk dalam masa kurang seminggu saya berkata dalam hati..    "Ya Allah, Alhamdulillah.. Engkau telah memberi kelebihan pada anak ini. Jika kelebihan ini adalah kelebihan yang unik, ia cuma satu dalam sejuta, jika ia kelebihan yang umum maka Kau tunjukkanlah pada anakku yang kedua. "  

Nasihat Kepada Ibu Bapa

Image
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik. 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik

Cara Ajar Anak Ucap Salam.

Image
Anas bin Malik meriwayatkan,  “Rasulullah berkata: Wahai anakku, apabila kamu masuk ke dalam rumah orang tuamu, ucapkanlah salam, kerana perkara itu menjadi berkat untuk kamu dan juga untuk keluargamu.” Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi Hadis tadi menunjukkan Rasulullah mengalakkan ucapan salam termasuk kepada anak-anak kecil. Anak-anak kita sejak kecil perlu diberi diberi pendedahan supaya menghidupkan amalan salam apabila bertemu dengan orang lain. Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan. Latih anak-anak kecil dengan memberi salam kepada mereka dahulu. Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut. Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.

Bantu Anak Jadi Tenang

Image
Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ada kalanya mula menunjukkan sikap negatif suka memberontak, membaling barang, merajuk dan mengamuk tanpa sebab yang kita ketahui. Adakah anak anda sendiri pernah berperangai sedemikian? Jika anak anda pernah berkelakuan begitu, bukan bermaksud dia menjadi degil atau kurang ajar. Tetapi anak sekecil itu sedang belajar untuk ekspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap sesuatu perkara. Jika dalam bahasa psikologi kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai Tantrum. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala Temper Tantrum pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Ia seringkali muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun. Masalah tantrum biasanya terjadi pada anak yang hiperaktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap ‘sulit’ dengan ciri-ciri berikut: *Kanak-kanak tidak cukup tidur. *Makan dan proses pembuangan najis yang tidak teratur. *Ke