Posts

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Image
Berdoalah untuk anak anda hari ini... Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran." Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat. * Letakkan tangan diubun-ubun anak dan baca* -Ustaz Sharhan Sumber: Facebook Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.  

Punca Anak Degil.

Image
PUNCA ANAK KITA DEGIL Ramai orang datang menemui saya meminta buatkan air penawar bagi anak-anak mereka yang degil. Saya cuba membantu sekadar yang termampu. Dalam hal anak degil ini, saya ingin mengajak semua merenung apakah antara punca anak-anak bersikap degil dengan ibu bapa ? Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-dosa lampau yang pernah d ilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. Contohnya : - meninggalkan solat - pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja. - ponteng sekolah dan merokok. - mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun nilaiannya hanya beberapa ringgit) - mengurat/mengacau anak dara orang. - mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi. - mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi. - menipu dalam urusan jual beli. - menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan. - duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan den...

Petua Mendidik Anak Mengikut Sunnah.

Image
4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW. PERTAMA: Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandik an kasih sayang pada tahap ini. KEDUA Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat. Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahs...

Petua Melembutkan Hati Anak Yang Degil.

Image
Dibawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil. 1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada di rumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut. Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus. 2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan. 3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut...

Minum Susu, Badan Lebih Langsing.

Image
LAGI KERAP MINUM SUSU....BADAN LEBIH LANGSING!  Disini disertakan 10 kebaikan susu segar (fresh milk) atau susu tepung. Ambillah setiap hari untuk memberikan tenaga dan kesihatan pada otak + tulang + badan kita. Tapi jangan minum selalu susu pekat manis pula.. Kurang sihat.. • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan men dapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas • Susu adalah anti-asid yang...

Al-Quran Menyatu Dalam Darah & Daging Anak Kita.

Image
Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu! Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka mem...

Mendidik Anak Genius Bermula Dari Dalam Rahim Ibu

Image
Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif. “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan. 1- Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk per...

Risau Anak Belum Boleh Membaca

Image
Saya mempunyai seorang anak yang berumur enam tahun. Saya berasa risau kerana dia belum boleh membaca. Padahal saya dedahkan kepada buku ketika dia masih kecil lagi. Sekarang di tadikanya pun dia diajar membaca dan menulis. Begitulah masalah puan Maria yang menghadapi anaknya yang belum tahu membaca. Hakikatnya ramai ibu bapa menjadi risau jika anak tidak boleh membaca apabila usia sudah menjangkau umur enam atau tujuh tahun. Sehubungan itu, para ibu bapa perlu melakukan sesuatu untuk mendidik anak-anak supaya boleh membaca dengan pantas. Apa yang harus anda lakukan ialah : 1. Jangan Rasa Tertekan Perkara pertama yang perlu lakukan adalah relaks. Jika anak anda dapat merasakan kerisauan anda, dia juga akan merasa tertekan dan ini akan melambatkan proses dia belajar membaca. Lebih penting lagi, dia akan belajar membaca bukan kerana suka tetapi terpaksa. Anak akan cuba sedaya-upayanya, memaksa dirinya membaca untuk melegakan tekanan. Sekiranya dia masih tidak dapat...

BUKU vs MAINAN

Image
Mana satu anak anda lebih kerap minta dan pilih? Buku atau mainan? Atau adakah permintaannya seimbang? Jika permintaan terhadap mainan lebih berbanding buku, apa yang harus anda lakukan? Ikut saja atau tukar strategi? Bagi mendorong anak-anak memilih bahan bacaan, anda harus lakukan sesuatu kerana tidak dinafikan ‘dunia’ digital kian menguasai generasi zaman ini. Saya masih ingat, beberapa tahun yang lalu, seorang rakan berkongsi cerita. Dia merupakan bekas guru besar sekolah rendah. Ketika itu kami sedang berbincang bagaimana untuk memupuk amalan suka membaca untuk mencari ilmu di kalangan kanak-kanak. Dia menceritakan tentang seorang ibu yang datang meminta nasihatnya : Ibu :  Anak saya tak suka buku, malas membaca...suka main mainan atau game kat komputer saja di rumah. Apa patut saya buat? Guru Besar :  Di rumah ada buku tak....Puan ada belikan dia buku? Ibu :  Er, ada tapi tak banyak , dia asyik nak beli mainan aje...buku dia tak minat. Kalau ke ...

Seronoknya Mengandung..

Image
Biasanya ibu-ibu mengandung ni akan mula gelisah bila 'due date' ' semakin hampir. Lalu mulalah meng'google'   di internet. Antara tajuk-tajuk yang 'hot' 1. Pengalaman melahirkan anak 2. Petua mudah nak bersalin 3. Doa untuk mudah bersalin dan banyak lagilah.. Hehehe.. Saya pun sama. Apabila kita membaca pengalaman-pengalaman orang lain membuatkan kita rasa lebih bersedia apa saja yang kita mungkin alami semasa melahirkan. Normal atau pembedahan (czer), bila kita nak bersalin baru tahu boleh ke atau tak boleh bersalin normal. Even semasa pregnant kita tiada sebarang masalah. no gdm, no high blood pressure, tak semestinya kita boleh beranak normal. Semuanya bergantung kepada pembukaan serviks semasa contraction kuat tu. Aduhh.. teringat pula pengalaman bersalin putera puteri ku sayang. Anak pertama czer, anak kedua normal. Normal lagi sakit tau.. Huwwaaa!! tapi yang kedua juga lagi best sebab suami ada menemani di bilik bersalin. Nanti nak tanyala.. b...