Posts

Showing posts from 2015

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas menge

Eksperimen Uji Kelarutan Bersama Anak Bijak.

Image
Eh, mereka buat apa tu? Haaa..ini ialah eksperimen untuk menguji keterlarutan Kenapa nak main experimen macam ni..? Mereka faham ke? Tak bersepah ke? Senang k e nak urus anak buat experiman macam tu?  Aktiviti sebegini dapat memepuk semangat INGIN TAHu yang amat tinggi kepada anak anak. Semangat ingin mencuba yang kadang kala sering kita TAHAN..kerana takut kotor..takut bersepah..dan lain lain.. Hakikatnya semasa aktiviti ini..mereka sangat BEHAVE . Respon mereka? amat TERUJA dan EXCITED bila mereka : CUBA letak sendiri.. KACAU sendiri bahan bahan tersebut Dapat MENGELASKAN mana yang larut dan tidak larut. Umur berapa boleh buat? Activity ni semua peringkat umur bole buat. Cuma bezanya cara kupasan guru perlu bersesuaian dgn perkembangan mereka. Untuk gambar di atas, ..bahan yang di gunakan ialah bunga cengkih, serbuk kari, garam, gula, kacang hijau,buah pelaga Sebenarnya kalau nak guna apa sahaja pun boleh!!!. Jadi activiti ini..tak perlu tunggu p

Ajar Anak Buat Helicopter Terbang!

Image
Paper Helicopter   Tadaaa.. Dah siap helikopter Ahmad. 'Blade' dan klip pemberat memainkan peranan penting dalam kelancaran pusingan helikopter. Pelbagai bentuk blade boleh buat. Boleh Tunjuk dan cerita ke anak. Jika blade panjang, lebih lama di udara berbanding blade pendek. Bagaimana pula dengan blade serong? Boleh pusing ke? Haaa.. Macam-Macam design blade boleh buat. Ibu belajar, anak seronok bermain dan tambah ilmu. Dalam masa yang sama, dalam tidak sedar, anak belajar semasa bermain. Tidak perlu tension-tension, main sahaja. Hihihi.. Anak menjerit teruja. Melompat, mencampak nak tengok helikopter terbang. Sabar tunggu ibu buat helikopter banyak-banyak ya. Bermain Bergurau dengan anak-anak adalah sunnah Rasulullah Shallallahu 'alayhi wa Sallam. Berminat untuk mendapatkan buku aktiviti ini? Whatsapp Farah 017-7080038  Sumber: FarahlizaIsmail

365 Science Activities Bersama Anak Bijak.

Image
Kincir Angin yang comel. Gambar kenangan sebelum kincir angin jatuh ke tanah dari tingkat 10. Hihihi.. Ahmad.. Ahmad.. Ok. Ibu buat lain ya. Ibu pandai buat. Hahaha. Ketawa jahat. Sebenarnya, banyak kali ibu buat. Tak jadi. Hihihi Abah: Ibu.. Ibu.. Kertas kena potong segiempat sama. Buat segiempat tepat.. Tak boleh pusing. Ibu : Ye ke? (tak nak kalah tu.. Kikiki) Ok. Tadaaa.. baru boleh pusing. Hihihi Ibu.. Ibu.. Da ada buku pun, salah buat. Hahaha. Practise make perfect, okay.. Selamat mencuba, ibu-ibu. Whatsapp 017-7080038 untuk dapatkan Buku Aktiviti yang menyeronokkan ini. Best!!! ‪#‎ 365ScienceActivities‬ Sumber: FarahlizaIsmail

Cara Membentuk Perasaan Positif Anak.

Image
Membentuk Perasaan Anak. Sedikit perkongsian daripada buku Prophetic Parenting. Cara Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam mendidik Anak. Bagaimana kita nak membangunkan emosi dan perasaan anak agar dapat berkembang menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang dalam kehidupannya kelak? Kita praktikkan apa yang Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi wa Sallam buat, In Shaa Allah persoalan di atas akan terjawab. - Cium anak. Layan dengan kelembutan dan kasih sayang. Menyayangi anak-anak adalah salah satu sifat kenabian. Salah satu jalan mendapat redha Allah. - Bermain dan bergurau dengan anak-anak. Berlari-lari dengan anak. Memanggil anak dengan nama yang baik. Ketawa bersama. Bergurau. Bermain bersama anak-anak adalah sunnah. - Beri anak-anak hadiah. Gembirakan anak-anak. Hadiah memiliki pengaruh yang baik dalam jiwa manusia umumnya. Dalam jiwa anak-anak lebih besar pengaruh dan kesannya. - Mengusap kepala atau pipi anak. Anak-anak akan merasa kehadiran m

Nak Ajar Anak Membaca Yang Mana Dulu? Alif Ba Ta ke, ABC ke, 123?

Image
NAK AJAR YANG MANA DULU YE? ABC..123..ALIF BA TAA Soalan yang paling kerap rakan2 tanya. Jawapan yang saya beri tak pernah berubah. AJARKAN ANAK AL-QURAN.. DAN ILMU LAIN BIAR AL-QURAN YANG AJARKAN. AJAR ILMU AL-QURAN DULU, ILMU YANG LAIN AKAN MUDAH ANAK DAPAT. Maknanya ALIF BA TAA.. laa kan! Kebiasanya ibubapa akan tekankan ABC dulukan. Takut anak lambat kenal ABC. Anak jiran sebelah dah kenal ABC sampai Z. "Takkan anak aku nak kenal alif, baa, taa dulu..belajar mengaji boleh anta kat jiran yang pandai mengajar atau ustaz/ustazah..dah masuk sekolah nanti pandailaa dia" Kesiaannn... Kalau ada yang beranggapan macam tu, Al-Quran jadi pilihan yang terakhir. Diperlekehkan. Istighfar lah banyak2. Suka untuk saya ceritakan pengalaman saya yang tak seberapa ni. Anak pun baru seorang. Seorang ni laa yang banyak benda ajaib yang berlaku bila pendidikan Al-Quran itu yang di dahulukan. Diutamakan..di fokuskan. Sejak kecil dari bayi ilmu membaca Al-Quran

Kerana Dia Sahabatku

Image
Assalaamu a'laikum, salam sejahtera dan salam ukhwah. Anda diluar sana mempunyai sahabat? Bagaimana dengan sahabat anda? Tentu baik bagi anda. Apa yang penting dalam persahabatan ialah saling menjaga rahsia antara satu sama lain. Maaf ya hari ini saya tersasar sikit. Saya cuma mahu berkongsi resepi biskut dengan anda. Sudahkah anda bersedia dengan pen dan kertas? Gurau sahaja. Mahu tahu resepi apa yang saya mahu kongsikan? Teruskan pembacaan anda. Resepi Biskut Persahabatan Bahan- bahannya :- 1 sudu besar senyuman 1/2 kg senda gurau 1 gelas sayang menyayangi 1 pinggan hormat-menghormati 1 cubit faham memahami   Banyakkan kejujuran dan keikhlasan   Cara-caranya:   Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni. Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain .   Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.   Kemudian masu

Aktiviti Gembira Bersama Anak

Image
Saya seorang suri rumah. 24/7 dengan anak-anak. Kadang kesian tengok anak, asyik buat benda yang sama je setiap hari. Jadi inisiatif saya untuk menggembirakan anak adalah dengan beraktivit sama dengan mereka. Hadirkanlah diri kita di hadapan anak. Agar bila dah besar nanti, ada kenangan yang meniti di bibir mereka apabila melihat aktiviti yang sama. "Eh, bola pusing-pusing ni macam kita main dengan ibu kecik-kecik dulu, kan along?" "Best.. ibu kita suka buat permainan ni dengan kitorang dulu. Seronok... " Kita yang mendengar pasti tersenyum. Ada kenangan yang terselit di minda bawah sedar anak-anak. Antara buku yang saya guna adalah buku 101 Kids Activities ini. Saya kongsikan permainan yang saya dan suami buatkan untuk anak. Psss.. Percayalah. Bukan anak je happy main permainan dalam buku ini. Mak bapak dia pun suka. Join sekali. Hihihi.. Tips gembira bermain: Niat nak bermain dengan anak. Buat anak gembira. Cakap dan ajak anak tengok cara kita bu

Teknik Mengajar Bacalah Anakku.

Image
Kursus Intensif Bacalah Anakku Alhamdulillah. Tercapai impian untuk menyertai Kursus Intensif Bacalah Anakku ini. Tujuannya tidak lain untuk mengajar anak-anakku membaca dengan teknik yang betul dan cepat. Tidak membebankan saya dan anak-anak syurga ini. Bacalah Anakku ini menggunakan konsep bunyi huruf. Gabung bunyi huruf. Kenalkan bunyi huruf kepada baby anda. Sebab mereka tidak pandai sebut nama huruf seperti ABCDE-Z. Tetapi mereka boleh membunyikan huruf. (aa.. mm.. beh.. uu..ii..) Sebelum membayar yuran untuk ke kursus ini, saya berusaha dengan bertanya ALLAH dulu (b.A.d) "Ya ALLAH.. Adakah kursus ini, bagus untuk aku, anak-anakku dan agamaku? Jika bagus, mudahkanlah ya ALLAH. Jika tidak, lupakanlah ia daripada ingatanku" Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Aminn.. Kursus bermula jam 9:00 pagi. Kami tiba jam 7:30 pagi. Awalnya.. Hahaha.. Kita sarapan dulu.. Bersama suami dan anak-anak comel ni. Kedua-duanya tidak mandi lagi. Jam 9:00 pagi, kursus bermula. Al

12 Kelebihan Main Buih Sabun Kanak-Kanak

Image
Tengok gambar ni, dah tahukan perasaan Ahmad bagaimana.. ^_________^ Senyum lebar. Seronoknya Ahmad bermain pistol sabun. Sampai low bateri. Mainlah Ahmad, asalkan Ahmad gembira.. Hihihi. Sebenarnya ini adalah hadiah daripada Tok Ayah buat Ahmad. Abang Aqil dan Ariq juga dapat. Kalau kami, harapanlah Ahmad nak dapat benda ni. RM10 free bateri AA 3 ketul. Pada kami, bukan ada pekdah pun main benda ni, perabih duit ja. Picit-picit, abih da buih. Haa.. itulah kami ni yang kurang membaca. Rupanya banyak pekdah benda ni untuk anak-anak kita. Tak sangka. Bila baca 1-1 point di bawah ni. Haahlah.. Bagus rupanya untuk perkembangan bijak anak-anak.. Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni.. 1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak

Tarbiyatul Aulad fil Islam - Info Buku

Image
Anak adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Ia adalah muara cinta kedua orang tuanya. Orang tua yang benar, pasti akan mengorbankan apapun yang ia punya demi anaknya. Dan mereka pasti ingin agar anaknya tumbuh menjadi anak yang saleh dan salehah, serta berhasil dalam studi dan hidupnya. Namun, apakah kita sebagai orang tua tahu persis jalan yang harus kita tempuh untuk menjadikan anak kita demikian? Padahal, jalan itu maha penting, karena amat menentukan masa depan anak. Sampai-sampai Nabi saw. bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua orang tuanya sendiri yang menjadikan apakah sebagai orang Yahudi, Kristen atau Majusi.” Jalan itu adalah: pendidikan (tarbiyah) yang baik. Dan pendidik pertama dan utama bagi seorang anak adalah orang tuanya sendiri. Orang tuanyalah yang meletakkan dasar pendidikan bagi anak pada usia dini, agar saat anak memasuki usia remaja, ia tak terpengaruh oleh teman-temannya yang mungkin kurang baik perangainya. Seb

Cara Hafazan Mudah Kepada Anak.

Image
BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK. Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yang berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan sa ya. Terima Kasih. smile emoticon Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan? Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda mereka. Biar alunan Al-Quran menjadi lagu yang mereka suka dengar. Yang paling BAGUS..selepas mereka sudah pandai baca Al-Quran,tak lancar pun tidak mengapa. Boleh mula. Muhammad pun masih belum lancar bacaan Al-Quran nya. smile emoticon Sekurang-kurangnya,hafazan sudah ada dalam ingatan mer

Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul

Image
  BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini. Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar. Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi kes y

5 Tips Bagaimana Mendidik Anak Sukar Belajar

Image
Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga dan tak ternilai dalam memberi lebih kebahagiaan kepada diri kita. Selama ini kita disuntik dengan pandangan ”anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkan didikan anak ini”. Sedangkan, dalam masa kita mencorak didikan anak ini, sebenarnya ia merefleks diri kita juga. Kerana anak adalah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka. Maka, amat penting untuk kita tahu destinasi akhirat kita. Anak yang soleh yang terus menerus mendoakan kita adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang kita perlu fikir-fikirkan. Namun, untuk mendidik anak yang soleh itu, ia datang dengan pelbagai cabaran. Apa jua ilmu yang kita ingin terapkan, amat penting untuk kita sebagai ibu mempunyai skil mengajar anak. Cabaran mendidik anak yang sukar belajar akan menaikkan kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita berjaya atasi. Berikut adalah 5 tip bagaimana mendidik anak yang sukar belajar . No 5, adalah ilmu baru yang kurang diketengahk