Posts

Showing posts from 2016

Aktiviti Mudah Mengajak Anak Berinfaq

Image
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Alhamdulillah Allah beri izin untuk menaip entri ini sementara anak-anak sedang bermain keretapi IKEA. Ibu ambil masa 'menghilangkan diri' kejap ya anak-anak sayang. Terima kasih ALLAH YA BASITH yang MAHA MELAPANGKAN urusan daku hari ini. Entah kenapa hati ini membuak-buak untuk mengajak anak-anak berinfaq. Atau sebenarnya terkesan dengan grup Tim Tamak Pahala yang mana setiap hari Jumaat mereka penuhi dengan berkumpul di suatu tempat dan berinfaq bersama anak-anak.   Saya pernah mengikuti kumpulan ini dahulu sewaktu kami ada dua kenderaan. Kini kami hanya ada satu kenderaan sahaja untuk suami ke tempat kerja. Jadi saya dan anak-anak beraktiviti sahaja di rumah. Sedih sebenarnya. Tapi saya yakin ALLAH Ya Bari' yang Maha Merancang ada sesuatu terbaik buat saya dan anak-anak. Akhirnya ALLAH Ya Haadi Ya 'Alim yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Mengetahui memberi saya idea untuk ber

Tips Mudah Anak Sayang Mama

Image
Assalamualaikum wrb semua pembaca yang dirahmati Allah. Saya ingin berkongsi KISAH MAMA yang saya dapat daripada langganan email Naluri Parenting Cafe.  Dua tips ini berlaku secara RUTIN dan ia adalah kebiasaan sehingga kini. Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. Jom teruskan membaca ^_^  1- Sarapan Yang Membahagiakan                                              Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan. Suasana ini membuatka

Waktu Anak Fokus Terkesan Di Jiwa

Image
Abang tenang pada hari dia berkhatan/bersunat. ^_^ Bismillahirohamanirrohimm.. Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca yang sentiasa diberkati dan diredoi ALLAH. Pagi ini saya terjumpa penulisan daripada sahabat Facebook, seorang Doktor Perubatan Kanak-Kanak menulis tentang momen penting untuk kita titipkan pesanan buat anak-anak soleh dan solehah. Mata saya tertumpu kepada point nombor dua (2) kerana ianya sangat mudah dan praktikal dengan izin ALLAH pesanan kita diikuti anak. Alhamdulillah. Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tenteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.  Momen di mana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan di jiwa mereka. Momen yang perlu dimanfaatkan: 1. Waktu makan bersama Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia. 2.

Cara Menerapkan Tauhid Kepada Anak. Surah An-Nahl

Image
Abang dengan Buku Bijak Alif Ba Ta Perkongsian ringkas yang saya dapat daripada kawan Facebook. In Shaa ALLAH menjadi rujukan kepada saya dan pembaca. Suka saya kongsikan di sini. Terasa rugi jika simpan sorang-sorang. Moga ALLAH berkati semuanya. Aameen Allahumma Aameen. Teruskan membaca. Menerapkan tauhid kepada anak . Didik secara berperingkat Dimulakan dengan mengenali benda-benda yang dapat dirasa dan mengaitkan dengan Allah swt Kemudian perkara berdasarkan logik Kemudian barulah perkara ghaib Mulakan tajuk kecil dan mudah Disusuli dengan tajuk yang lebih besar Sehingga akhirnya mereka dapat memahami permasalahan akidah dengan hujah dan dalil Contoh Ayat Al-Quran untuk penerapan tauhid kepada anak daripada yang dapat dirasa kepada logik: (Rasa) Allah swt turunkan hujan untuk kita minum, mandi, basuh baju dan lain-lain. (An-Nahl, ayat 10) (Rasa) Allah swt tumbuhkan tanaman dan buah-buahan untuk kita makan, buat kuih, buat jus (

Tips Ajar Anak Dengan Kamus Bergambar.

Image
Ibu, abah pasti risau mempunyai anak yang masih belum boleh membaca. Lebih risau kalau anak pertama cepat membaca. Anak kedua, masih belum boleh ketika usianya seperti si sulung yang mula membaca. Rasanya ibu lagi risau kot daripada abah. Ye ke apa yang saya cakap ni? Ibu lagi risau ke ada abah yang lebih risau. Hohoho.. Walaupun pakar motivasi kanak-kanak mengatakan jangan membandingkan anak-anak. Jauh di sudut hati saya, sangat memikirkan hal itu. Saya fikir dan ingat kembali, apa yang saya sudah lakukan kepada Abang yang cepat membaca seawal usia 3 tahun. Alhamdulillah. Ya ALLAH. Ya Syakur. Allah beri saya ingatan itu.  Saya kongsikan di sini, moga ALLAH memberkati penulisan ini dan memberi manfaat kepada pembaca. In Shaa ALLAH. 1- Saya perkenalkan Abang dengan kamus bergambar . Tidak kesahlah jenama dan keluaran buku apa. Tetapi seingat saya ianya kamus. Dan bersyukurnya saya Abang memang minat dan boleh bertahan lama dengan kamus bergambar itu. Persoalannya:: Baga

Fahami Dunia Anak Usia 2 Tahun

Image
Sumber: The Meta Picture FB page Sesungguhnya hati ini merindui untuk berkongsi rasa dengan ibu-ibu cemerlang di di sini. Apakan daya setahun rasanya 'bercuti' perkongsian. Sibuk dengan 'bonding' dengan anak-anak. Aktiviti dengan anak-anak. Hmmmmmm... (tarik nafas dalam2.. hembus panjang lama2) Bismillah. Ya ALLAH Ya Bari' moga dirahmati dan diberkati segala penulisan dan perkongsian di blog ini dan bermanfaat kepada semua, sebelum diri ini menghembuskan nafas terakhir pada bila-bila masa. Pagi ini membelek2 artikel pakar2 keibubapaan yang saya like page mereka. Saya terbaca perkongsian ilmu daripada ibu Rose ini. Alhamdulillah penambahan ilmu untuk saya juga memandangkan Arissa dalam lingkungan umur ini. Keletahnya yang mencuit hati. Dengan belum pandai berbicara jelas pada usia ini 1 tahun 10 bulan. Sebutan ujung2 sahaja. Alhamdulillah kesabaran ibu abah dapat memahaminya walaupun kadang-kadang kami 'kelaut' juga cuba memahami kehendaknya. B