Posts

Showing posts from January, 2015

Teknik Mengajar Bacalah Anakku.

Image
Kursus Intensif Bacalah Anakku Alhamdulillah. Tercapai impian untuk menyertai Kursus Intensif Bacalah Anakku ini. Tujuannya tidak lain untuk mengajar anak-anakku membaca dengan teknik yang betul dan cepat. Tidak membebankan saya dan anak-anak syurga ini. Bacalah Anakku ini menggunakan konsep bunyi huruf. Gabung bunyi huruf. Kenalkan bunyi huruf kepada baby anda. Sebab mereka tidak pandai sebut nama huruf seperti ABCDE-Z. Tetapi mereka boleh membunyikan huruf. (aa.. mm.. beh.. uu..ii..) Sebelum membayar yuran untuk ke kursus ini, saya berusaha dengan bertanya ALLAH dulu (b.A.d) "Ya ALLAH.. Adakah kursus ini, bagus untuk aku, anak-anakku dan agamaku? Jika bagus, mudahkanlah ya ALLAH. Jika tidak, lupakanlah ia daripada ingatanku" Alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Aminn.. Kursus bermula jam 9:00 pagi. Kami tiba jam 7:30 pagi. Awalnya.. Hahaha.. Kita sarapan dulu.. Bersama suami dan anak-anak comel ni. Kedua-duanya tidak mandi lagi. Jam 9:00 pagi, kursus bermula. Al

12 Kelebihan Main Buih Sabun Kanak-Kanak

Image
Tengok gambar ni, dah tahukan perasaan Ahmad bagaimana.. ^_________^ Senyum lebar. Seronoknya Ahmad bermain pistol sabun. Sampai low bateri. Mainlah Ahmad, asalkan Ahmad gembira.. Hihihi. Sebenarnya ini adalah hadiah daripada Tok Ayah buat Ahmad. Abang Aqil dan Ariq juga dapat. Kalau kami, harapanlah Ahmad nak dapat benda ni. RM10 free bateri AA 3 ketul. Pada kami, bukan ada pekdah pun main benda ni, perabih duit ja. Picit-picit, abih da buih. Haa.. itulah kami ni yang kurang membaca. Rupanya banyak pekdah benda ni untuk anak-anak kita. Tak sangka. Bila baca 1-1 point di bawah ni. Haahlah.. Bagus rupanya untuk perkembangan bijak anak-anak.. Selain memberikan keseronokan yang tak terhingga kepada anak-anak, sebenarnya ada 12 kelebihan lain bermain buih sabun ni. Ya, dua belas! Jom kita tengok satu persatu apa yang hebat sangat main buih ni.. 1) Melatih motor halus - pegang peniup buih dengan jari, buka botol buih sabun, pegang botol buih sabun. Kalau guna pistol yang tembak-tembak

Tarbiyatul Aulad fil Islam - Info Buku

Image
Anak adalah permata hati, labuhan jiwa dan harapan masa depan. Ia adalah muara cinta kedua orang tuanya. Orang tua yang benar, pasti akan mengorbankan apapun yang ia punya demi anaknya. Dan mereka pasti ingin agar anaknya tumbuh menjadi anak yang saleh dan salehah, serta berhasil dalam studi dan hidupnya. Namun, apakah kita sebagai orang tua tahu persis jalan yang harus kita tempuh untuk menjadikan anak kita demikian? Padahal, jalan itu maha penting, karena amat menentukan masa depan anak. Sampai-sampai Nabi saw. bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua orang tuanya sendiri yang menjadikan apakah sebagai orang Yahudi, Kristen atau Majusi.” Jalan itu adalah: pendidikan (tarbiyah) yang baik. Dan pendidik pertama dan utama bagi seorang anak adalah orang tuanya sendiri. Orang tuanyalah yang meletakkan dasar pendidikan bagi anak pada usia dini, agar saat anak memasuki usia remaja, ia tak terpengaruh oleh teman-temannya yang mungkin kurang baik perangainya. Seb

Cara Hafazan Mudah Kepada Anak.

Image
BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK. Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yang berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan sa ya. Terima Kasih. smile emoticon Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan? Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda mereka. Biar alunan Al-Quran menjadi lagu yang mereka suka dengar. Yang paling BAGUS..selepas mereka sudah pandai baca Al-Quran,tak lancar pun tidak mengapa. Boleh mula. Muhammad pun masih belum lancar bacaan Al-Quran nya. smile emoticon Sekurang-kurangnya,hafazan sudah ada dalam ingatan mer

Lindungi Anak Kita Dengan Maklumat, Kemahiran Yang Betul

Image
  BismillahirRahmanirRahim. Dengan kehendak dan izin Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Protect Our Children With The Right Knowledge and Skills Lindungi Anak-anak Kita dengan Bekalkan Maklumat dan Kemahiran yang Betul Fitrah dan keperluan semasa kini adalah ibu dan bapa perlu bekerja di luar, kan? Keadaan di luar amat mencabar dan buat kita rasa tidak selamat untuk lepaskan bebas anak-anak bermain sendirian. Hatta, memilih pengasuh dan pusat jagaan serta taska/tadika juga dibuat dengan sangat berhati-hati pada zaman ini. Alangkah baiknya jika kita dapat buat Homeschooling anak sendiri Namun keperluan semasa memaksa untuk kita keluar bekerja kerana faktor ekonomi, ditambah sesetengah wanita memang perlu untuk bekerja di luar bagi memenuhi keperluan tempoh rehat seketika dari kerja rutin rumahtangga serta menyumbang ke dalam sistem masyarakat luar. Namun jangan disangka ibu surirumah, anak-anak tidak berisiko untuk dicabuli hak mereka. Saya ingat lagi kes y

5 Tips Bagaimana Mendidik Anak Sukar Belajar

Image
Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga dan tak ternilai dalam memberi lebih kebahagiaan kepada diri kita. Selama ini kita disuntik dengan pandangan ”anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkan didikan anak ini”. Sedangkan, dalam masa kita mencorak didikan anak ini, sebenarnya ia merefleks diri kita juga. Kerana anak adalah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka. Maka, amat penting untuk kita tahu destinasi akhirat kita. Anak yang soleh yang terus menerus mendoakan kita adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang kita perlu fikir-fikirkan. Namun, untuk mendidik anak yang soleh itu, ia datang dengan pelbagai cabaran. Apa jua ilmu yang kita ingin terapkan, amat penting untuk kita sebagai ibu mempunyai skil mengajar anak. Cabaran mendidik anak yang sukar belajar akan menaikkan kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita berjaya atasi. Berikut adalah 5 tip bagaimana mendidik anak yang sukar belajar . No 5, adalah ilmu baru yang kurang diketengahk

Tips Menjadikan Anak Seorang Yang Berilmu

Image
Peranan Ibubapa Dalam Menjadikan Anak Seorang Yang Berilmu Bismillah, Terus terang, bila kita ada anak, ada satu soalan standard yang selalu diulang oleh anak kita. "Umi, itu apa? Abah, apa tu?" Soalan akan selalu diulang-ulang saban waktu lalu bagaimanakah respon kita?? 1. Pergi main jauh-jauh, umi penat ni. 2. Tak tahulah.  Abah sibuk ni, baru balik kerja, abah nak pergi mandi.  3. Oh, itu miawww. 4. Oh, itu kucing.  5. Oh.. itu kucing Parsi, sayang. Berdasarkan 5 contoh jawapan diatas, yang manakah sangat mirip dengan kaedah kita memberi jawapan? Umum mengetahui jawapan pertama dan kedua bukanlah respon yang baik. Jawapan pertama menunjukkan betapa sombongnya ibubapa sehingga hendak menjawab soalan mudah pun enggan. Jawapan kedua pula menunjukkan bengapnya ibubapa sehingga jawapan yang mudah pun tidak mahu beri jawapan sedangkan kita tahu jawapannya. Ya, barangkali kita penat selepas pulang dari kerja atau penat menyelesaikan tugas harian di ruma

Terbaik! Perancangan Cuti Tahun 2015

Image
Alhamdulillah. Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Rancang percutian anda dengan perkara yang berfaedah. Di sini, senarai cuti tahunan setiap bulan. Sangat viral (sudah berleluasa) di Facebook dan Whatsapp Group. Selamat bercuti dengan gembira! Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam. Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina. Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh. Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya. Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti. Nota : Ambil cuti pada 27 &