Benda Yang Tak Best Dalam Pantang?
Sekadar kisah biasa. Kebiasaanya ibu-ibu muda mengandung anak sulung akan stress bab makanan sepanjang berpantang. termasuklah saya.. hehehe.. Mujur ibu saya jenis yang "bolehla.. ambil sikit buat rasa". Jadi saya tidaklah rasa kempunan nak rasa. dapat rasa sikit pun jadila.. Hehehe.. Pantang koboi saya ni. Semuanya ditibai dalam kuantiti yang sedikit. Ada juga yang saya dengar, mereka hanya makan ikan bilis yang disangai dalam tempoh tertentu sepanjang berpantang. Dan tidak boleh minum air banyak-banyak. sekali minum boleh tinggi 2 jari je. Nanti urat kembang katanya. Alahai.. macamana nak banyakkan susu badan dengan hanya meminum air setinggi 2 jari dan ikan bilis sahaja. Kesian ibu-ibu itu. Saya pun terus meng'google' bab makanan sepanjang tempoh berpantang ni. Banyak rupanya yang kita ibu beranak ni boleh makan. Saya jumpa buku Mudahnya Berpantang. Terus beli. Seronok baca buku ni. Saya duk ulang-ulang baca Petua Opah dan Menu yang sedap lagi berkh