Tips Menghadapi Anak Degil


MENGAPA ANAK YANG BARU BERUSIA SETAHUN KETIGA TAHUN SELALU DEGIL?
Perkongsian daripada Prof. Dr. Rozieta Shaary

Banyak Ibu menerima luahan hati ibu dan bapa dengan anak-anak kecil yang tidak mahu mendengar kata. Malah bukan sekadar tidak mahu mendengar kata, ada yang menendang dan menjerit-jerit selagi permintaannya tidak dipenuhi.

Jika anda melalui situasi seperti ini, anda perlu tahu,

a) Anda perlu be in-charge dan bukan anak anda. Oleh itu bertegaslah dengan berlembut. Maksudnya, anda ulang penerangan anda dan alihkan perhatiannya kepada benda lain.

Kenapa? Anak pada usia ini, dari segi perkembangan otaknya, belum sampai lagi kepada otak berfikirnya. Oleh itu, walaupun anda memberi penerangan, pemikiran conciousnya belum lagi boleh memikirkan buruk dan baik.

Habis mengapa Ibu suruh mengulang penerangan? Supaya ianya masuk ke dalam minda dibawah sedar dan menjadi input yang ditanam. Bila otak berfikirnya sudah lebih berfungsi, maka apa yang anda tanam akan menjadi mudah untuk dia cantumkan dan membentuk reason yang dia boleh faham.

b) Anak pada usia sekitar dua tahun ini, mempunyai kemahuan yang kuat untuk dirinya dan hanya memikirkan dirinya. EQnya belum betul-betul terbina. Dia sedang di dalam tahap Egocentric. Ini bukan baik atau buruk. Ianya adalah perkembangan diri manusia. 


Bila ibu bapa dapat memimpin anak kecil mereka melalui tahap ini dengan lebih tenang, anak itu akan menjadi lebih bertolak ansur, kerana perkembangan EQnya baik.

- Apa yang dimaksudkan dengan tenang, maksudnya, tidak mengherdik, tidak memukul atau mendenda dengan teruknya, tidak membenci...tapi memberi nasihat dan melarang dengan tegas tapi tenang dan penuh kasih.

Ramai orang dewasa tidak tahu bagaimana untuk bertegas tapi dengan kasih-sayang, itulah masalahnya.


Sumber: Facebook

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji