Doa Perlindungan Untuk Anak. Dasyatnya Doa Seorang Ibu.


Anak-anak merupakan anugerah paling berharga bagi setiap insan. Dunia hari ini semakin mencabar, sudah pasti setiap ibu bapa ada kerisauan dan kebimbangan dalam soal keselamatan anak-anak. Kita sentiasa menginginkan anak selamat daripada sebarang gangguan syaitan, anasir-anasir jahat dan sebagainya. 

Sebagai ibu bapa penyayang, kita mesti melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.

Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.

Rasulullah SAW telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."


(HR. Al-Bukhari 3371)

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

SHARE doa ini kepada rakan-rakan dan saudara mara. Agar anak-anak kita sentiasa dirahmati dan dilindungi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam.

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji