Tips Menyemai IMAN Dalam Diri Anak Tersayang

Kenapa anak perlu ditanam dengan benih Iman sejak kecil?

Menyemai benih-benih tauhid di sanubari anak-anak Muslim, adalah tanggungjawab maha penting. Daripada benih yang ditanam ini adalahlah lahirnya pokok-pokok yang rendang dan kukuh. Jika benih lalang yang disemai, jangan mengharap untuk menuai gandum atau padi.

Anak-anak yang ditanam dengan benih-benih iman seperti ini suatu hari nanti membesar seumpama pokok yang rimbun dan kukuh. Iman mereka seperti akar yang mencengkam kuat bumi dan menerobos jauh ke dalam tanah.

Antara tip menyemai iman dalam diri anak-anak:
* Latih anak menghafaz al-Quran bermula dengan surah-surah mudah.
* Memahami al-Quran dengan tafsir surah-surah ringkas.
* Belikan buku-buku bacaan yang membentuk akidah, bukan khurafat.
* Disiplinkan mereka solat 5 waktu setelah berusia 10 tahun ke atas.


Sumber tulisan: Solusi, Isu#3, ms 54, Pohon Tauhid Berbenih Iman

Comments

Jom Sambung Baca Post Yang Ini Pula

Doa Anak Cerdik Genius Luar Biasa

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Teknik Utama Anak Pandai Mengaji