Posts

Showing posts from 2017

Tips Anak Minat Membaca

Image
Tercari-cari solusi supaya minat membaca? Memupuk minat memerlukan penglibatan, kesungguhan, dan konsisten daripada kedua ibu bapa serta pendidik.  In Shaa ALLAH. Apabila usaha-usaha memupuk minat telah kita jalankan, ia memudahkan jalan untuk anak suka membaca.  Antara usaha yang ibu bapa lakukan adalah:-   1. Boleh mulakan dengan tidak langsung membaca buku tersebut. Cukup sekadar duduk bersama anak dan santai berborak tentang gambar pada buku. 2. Boleh minta mereka ceritakan pada kita juga tanpa perlu mereka baca. Di sini, peranan gambar sangat penting. Tak perlu rush untuk habiskan semua mukasurat. Satu muka pun tak apa asalkan kita dapat pupuk minat. 3. Kita bacakan pada mereka. Sebenarnya sangat digalakkan ibu ayah untuk membaca buku pada anak-anak walaupun mereka dah pandai baca. Ia sebenarnya memupuk cinta baca, cinta ilmu dan yang paling mahal adalah hubungan kasih sayang yang terjalin. Disinilah peluang untuk mempererat hubungan keluarga. 4. Gunakan pelbagai inton