Posts

Showing posts from March, 2015

10 Tips Kelam Kabut Urus Masa Anak

Image
TIAP PAGI KELAM KABUT URUS ANAK? IKUTI 10 TIP INI Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut di pagi hari: 1. Siapkan barang pada malam sebelumnya Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. 2. Bangun awal Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu. 3. Sediakan jadual Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di lu

Seminar Quranic Mommies Network 5 April 2015

Image
Assalamualaikum ibu abah prihatin Suka saya kongsikan satu Seminar anjuran Quranic Mommies Network (QMN) pada : 5 April 2015 (Ahad) di Wisma MGH (atas Rahimah Kitchen),  Bukit Puchong, Selangor. ➡Atas kesedaran dan maklum balas yang memberangsangkan dari dua siri seminar kami yang lepas, kami bawakan lagi penceramah yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam mengendali kes penderaan seksual kanak-kanak yang juga merupakan seorang kaunselor kanak-kanak, Pn Maznah Ibrahim pada sesi pagi. Beliau akan menjelaskan tentang ciri-ciri penderaan seksual kanak-kanak yang perlu diketahui oleh ibubapa, teknik bagaimana melatih anak-anak agar tidak menjadi sasaran dalam kes sebegini serta peringkat perkembangan seksualiti kanak-kanak, tingkahlaku seksual: apa yang normal dan tidak normal. ➡Atas permintaan ramai juga, kami memperkenalkan dua orang penceramah lagi yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam pembinaan Sekolah Rumah Islam pada sesi petang. ➡Mereka akan mengupas menge