Seronoknya Mengajar Dan Belajar
Bagi kebanyakan ibu bapa, tugas mengajar anak-anak adalah satu tugas yang sukar lebih-lebih lagi jika anak-anak tidak berminat untuk belajar. Diakui, bagi sesetengah kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar, belajar adalah sesuatu perkara yang membosankan. Tapi, tahukah anda bahawa jika kena pada caranya, belajar pastinya menyeronokkan. Sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa pendidikan awal anak-anak sangat penting dalam memacu anak yang berilmu dan berkemahiran pada masa depan. Apa yang anak-anak kita lihat dan dengar dalam kehidupan mereka adalah satu ilmu yang berharga untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Ibu bapa harus menjadikan tugas mengajar sesuatu yang menyeronokkan agar anak-anak juga rasa seronok untuk belajar. Bagaimanakah belajar boleh menyeronokkan? Perancangan awal dalam pembelajaran perlu supaya belajar itu boleh menjadi suatu perkara yang sangat dinanti-nantikan dan menyeronokkan. Kaedah, bahan dan gaya belajar m